Saturday, May 4, 2013

Jelajah KHTC # 1


Alhamdulilah perjuangan Gayong yang dimulai oleh Cikgu-Cikgu Gayong sebelum ini diteruskan oleh KHTC. Pada 23 April 2013 seamai 5 orang wakil KHTC telah ke Eropah. Perjalanan pertama adalah ke Paris, Perancis.

Sejarah Ringkas Silat Seni Gayong di France

Silat Seni Gayong di France telah dimula promosikan oleh Mohamad Moncef Warghi pada sekitar awal 80an. Beliau yang berasal dari Tunisia telah membuka gelanggang di selatan Perancis . iaitu di Nice. Pada ketika itu dalam gelanggang beliau yang menggunakan logo Gayong , turut diajar beladiri lain kerana beliau juga merupakan pengamal pelbagai beladiri lain.

Mula Gayong Dikenalkan Di Nice , Perancis





Pada akhir 80an perjuangan Gayong disambung oleh Cikgu Mufi di Bandar Paris. Murid-murid belaiu telah meneruskan perjuangan ini dengan diketuai oleh salah seorang murudnya yang bernama Christophe di sebuah bandar yang dikenali sebagai Lille di utara Perancis. Perjuangan Gayong diteruskan atas nama Academie Penchak Silat Kuil Kesetiaan.

Salah Satu Klab Gayong Di Perancis

Pada awal 90an Silat Seni Gayong bersama beladiri Malaysia yang lain dibawah Kementerian Kebudayaan Malaysia telah membuat pertunjukan di acara pertunjukan beladiri yang dianjurkan setiap tahun di Bercy, France

Demo Gayong Di Bercy 90an

Pada tahun 2003 sebagai seorang penuntut disebuah institute pengajian di Perancis, Cikgu shaiful Hakim telah meneruskan perjuangan Gayong ini. Terbentuklah AFSSG atau Association Francaise Silat Seni Gayong yang bergelanggang di utara Perancis iaitu di Lille.

KHTC Di Paris

KHTC atas jemputan, meneruskan perjuangan ini yang diwakili 5 orang, dan seorang wakil tunggal wanita.Perjalanan dimulakan pada 23 April 2013 , berlepas dari Kuala Lumpur pada 2345 waktu Malaysia dan selamat tiba di Perancis pada 24 April 2013 jam 0720. Wakil KHTC diketuai oleh Zulkifli Yaacob, Mohd Zamri Abu Bakar,Shaharuddin Aziz,Muhammad Shazreen dan Aziroh ismail.

Perjalanan yang mengambil masa 12 jam dengan diiringi doa dari gelanggang yang bernaung bawah gelanggang KHTC membawa misi “Sama Sendiri Bantu Membantu:".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...