Friday, February 10, 2012

Jubli Emas Silat Seni Gayong

A Huge Gayong Members

Perdana Gayong kembali setelah hampir setahun.Kali ini ia dimeraihkan lagi dengan sambutan jubli emas  50tahun berdaftarnya Silat Seni Gayong.Dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia pada 10 Feb 2012 bertempat di Padang Majlis Daerah Seremban Negeri Sembilan.

Jumlah penyertaan yang amat ramai datang dari seluruh pelosok negeri dan disokong oleh ahli Gayong bersekutu dari luar Negara, USA, Tunisia, Syria dan pelbagai negara  mencecah anggaran hampir 8000 orang.

My Students From Tunisia

My Students From Syria

My Malaysian Students and brothers ( KHTC)

Dimulakan denan ucapan doa serta lagu NegaraKu dan disusuli dengan Lagu Silat Seni Gayong mengambarkan pencapaian Silat Seni Gayong dalam dekad ini. Segala titik peluh perjuangan dari Almarhum pengasas Dato Meor Abdul Rahman, Almarhum Dato Onn Jaafar,Almarhum Tun Abdul Razak, Arwah Cikgu Siti Kalsom, Arwah Razali Salleh dan semua pejuang-pejuang Gayong dapat kita rasakan dalam perhimpunan raksaksa ini.

Semoga apa yang dilakukan sebelum dan akan datang diberkati dan mendapat hasanahnya. Kepada zuriat Silat Seni Gayong Syed Zainal Abidin AlAttas , Almarhum Dato Meor Abdul Rahman , Arwah Cikgu Kalsom dan semua pejuang Gayong yang telah kembali ke rahmat Allah dan yang masih hidup dicucuri Rahmat hendaknya.

Tahniah..Zat ..Hidup Silat Seni Gayong..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...