Monday, February 6, 2012

Sekitar Latihan Seni Tekpi Feb 5, 2012


Latihan Gerakan

Latihan Seni Tekpi sebagaimana yang dirancangkan telah berjalan dengan jayanya. Sessi bermula dari jam 0900 dan berakhir jam 1800. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa bersama berkongsi latihan ini.Terima kasih juga buat Kapten Sharil yang telah membawa bersama sepuluh bilah tekpi untuk digunakan dalam latihan tersebut bagi pesilat yang tidak mampu memilikinya.

Mencari Kemahiran

Sessi pagi dimulakan dengan pengenalan senjata Tekpi ini. Kaedah mengendalikannya,penukaran tangan semasa libasan,elakan,serangan dan pelbagai kaedah lagi. Sewaktu sessi pagi latihan banyak ditumpukan kepada kemasan tapak dan pengendalian tekpi.Latihan dilakukan tanpa henti kerana pengendalian tekpi amat penting jika seseorang hendak menguasai permainan ini.Dalam masa yang cukup terhad ini setiap pelatih menunjukkan sikap yang bersungguh-sungguh untuk menguasai keseluruhan teknik yang dikongsikan.

Kaedah Elakan

Sessi petang pula dimulakan dengan pengenalan teknik serangan dalam Tekpi serta permainan Seni Tapak Hidup Tekpi. Teknik-teknik ini memerlukan kemasan langkah yang jitu supaya ianya dapat memberikan kesan kefahaman yang mendalam dalam permainan ini. Ditunjukkan teknik libasan,tikaman,elakan dalam melakukan serangan dan membalas serangan.

Serangan

Keseluruhan pelatih berpuas hati dengan latihan yang dikongsikan dan dikongsikan juga serangan dengan mengunakan satu Tekpi dalam melakukan Seni Kuncian Sebilah Tekpi. Satu kaedah teknik yang tidak terfikir diakal sebelumnya dan sungguh efektif.

Begitulah kayanya Silat Seni Gayong ini yang penuh dengan seninya.Kepada semua pelatih sekali lagi diucapkan terima kasih dan latihan susulan perlu dilakukan agar seninya bertambah mantap.

Tahniah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...