Thursday, August 15, 2013

Serbuk Beracun



Dalam entry kali ini dikongsikan apa yang dikatakan Serbuk Beracun dalam Silat Seni Gayong.Kita mungkin jarang mendengarnya tapi ia adalah sebahagian dari kaedah yang ada dalam Silat Seni Gayong. Kita fahami dahulu apakah Serbuk Beracun ini. Serbuk diertikan sebagai satu penyediaan bahan campuran kering yang diperhaluskan untuk tujuan kegunaan dalaman dan luaran. Beracun pula adalah sesuatu yang mengandungi racun. Kesimpulannya Serbuk Beracun ini adalah sesuatu yang halus berserbuk yang mengandungi racun.Ianya digunakan untuk memusnahkan lawan secara halus dizaman feudal panglima Melayu.

Kita bolehlah kategorikan bahawa pengamal Gayong ini adalah seorang Chemist.Penyediaan Serbuk Beracun ini dibuat dengan teliti dengan campuran bahan yang dipilih mengikut kadar yang tertentu timbangannya. Kemudian disimpan mengikut kadar  tempoh hari yang diperlukan agar hasil keberkesanan racunnya itu mujarab. Bisa racunnya adalah bergantung kepada jumlah hari penyimpanan. Tempat penyimpanan pula adalah disuatu tempat  rahsia bagi  mengelakkan daripada kesilapan pengunaan oleh individu tertentu dan untuk keselamatan pengunaan tanpa tujuan yang dibenarkan.

gambar hiasan

Percampuran bahan kering ini sehingga menjadi serbuk halus adalah dipilih dari tumbuhan,binatang dan sebagainya mengikut kadar racun yang hendak disediakan.Penggunaannya juga bergantung untuk luaran mahupun dalaman.

Walaupun demikian jika ada racunnya sudah tentu ada ubatnya , penyediaan ubat juga disertai dengan racunnya  juga dari alam sekeliling kita.Kaedah begini juga ada dalam beladiri China, penyediaan ubat dan racun dari alam sekeliling. 

Pengunaan Serbuk Beracun ini dipelbagaikan mengikut penyediaannya, digunakan pada senjata , tempat,makanan dan lain-lain keadaan dengan motifnya memusnahkan musuhnya secara senyap.Penyerangan secara berimba berimau  dengan pengunaan Serbuk Beracun ini amatlah berkesan dan mendatangkan kegerunan pada musuh.

Sekarang pelajaran ini sudah tidak diajar lagi dan kalau ada pun hanya segelintir sahaja guru dalam Silat Seni Gayong berpengetahuan tentangnya.Oleh kerana ianya adalah sebahagian dari khazanah perbendaharaan Silat Seni  Gayong, ia menjadi satu pengetahuan yang perlu diambik tahu akan kewujudannya.

Semoga kita diberkati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...