Monday, July 2, 2012

Jawapannya Pada Kita


Sudah lama ingin menyambung penulisan tentang apa yang kita namakan Seni  Cindai, baru kali ini teringat lantas meneruskan penulisannya sebelum terlupa kembali.Terlalu banyak komen , ada yang positif, ada yang negative apabila ada video dikeluarkan tentang teknik permainan ini.

Kalau kita “search” dalam youtube dengan hanya menaip sarong, kita dapat melihat pelbagai video yang memaparkan aksi menggunakan sarong, tali dan sebagainya. Begitu juga kalau kita “search” di google kita akan dapat lihat photo dan pelbagai lagi.

Permainan beladiri menggunakan sarong ini telah menjadi satu fenomena di Barat dan amat disukai kerana ia bersifat tradisional,efektif dan satu kelainan dalam dunia seni beladri.Berdasarkan sebab-sebab ini ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan ahli beladiri dan peminat beladiri.Setiap beladiri mencari identitinya tersendiri dan kebanyakan sekolah beladiri berlumba-lumba memperkenalkan teknik ini.

Suatu ketika saya berkesempatan dijemput oleh seorang teman yang tinggal di Singapura untuk hadir ke seminarnya sebagai pemerhati. Beliau seorang berbangsa Eropah. Dalam seminarnya dikongsikan pelbagai teknik dan gaya dari tangan kosong, pisau,parang dan yang paling mendapat tumpuan penggunaan sarong.Tanpa merasakan sebarang rahsia beliau dengan bangganya memperaksikan permainan itu.

Sekadar Gambar Hiasan

Fenomena penggunaan sarong ini atau disebut dalam Silat Seni Gayong , Seni Cindai , kebanyakannya datang dari seni beladiri Kali , Eskrima atau Arnis. Iaitu seni beladiri dari Filipina. Ia juga menular dalam beladiri Kung Fu dari China, Hapkido dari Korea dan pelbagai lagi seni beladiri dari negara lain.

Bagi kita dalam Silat Seni Gayong , Seni Cindai dianggap pelajaran tertinggi dan penuh rahsia . Apabila ditontonkan seni ini walaupun hanya sedikit mulalah ada suara-suara mengkritik atau menyatakan pendirian tentang tayangan tersebut. Cuba kita kaji dan teiti kalau seni beladiri lain telah berkongsi teknik ini untuk peminat beladiri, apa salahkah kita berbuat demikian? Mana rahsianya? Mana pelajarannya?Yang mana kita nak kongsikan?Jika kita tidak berkongsi adakah kita akan dikatakan sebagai meniru apa yang telah mereka tahu atau belajar?begitu..begini dan sebagainya....Semua ini bermain dalam minda kita.

Apa perlu kita lakukan?Adakah perlu kita membuka minda dan merubah silibus kita demi mengikut arus pemodenan seni beladiri? Kalau kita boleh mengikut arus ini dalam tempoh pembelajaran, kenaikan bengkong dan sebagainya, patutkah kita lakukannya secara drastik perubahan bagi setiap inci silibus yang sedia ada? Mana yang nak dirahsiakan?Mana yang nak diajarkan? Kita sekarang telah berkembang dan terkenal diseluruh dunia, apa perlu kita mengikut peredarannya tanpa meninggalkan tradisinya dan menyimpan RAHSIA YANG DIKATAKAN RAHSIA. Tepuk dada carilah jawapannya. Kita ada corak dan cara berfikir yang baik kerana kita telah terbuka dengan pelbagai aktiviti dunia luar melalui internet.Jangan kita hanya menuding jari tanpa menyatakan jalan penyelesainnya untuk kebaikan keseluruhannya.

Tangan kananku pedang Ali, tangan kiriku perisai rasulullah...fikir..fikir dan fikir.Jawapannya pada kita kerana jika kita yang dikatakan si arifbillah Silat Seni Gayong. Mana rahsia, mana yang perlu dikongsi, mana..mana dan mana hanya kita yang dapat menyusun dengan IZINNYA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...