Wednesday, July 18, 2012

Pemberian Almarhum Dato Meor


Guru, Bapa yang disayangi oleh jutaan murid-muridnya samada yang belum berjumpa inikan pula yang pernah dan merasai pegangan tangannya. Menjadi legenda sebutan ahli beladiri baik didalam Negara mahu pun diluar Negara. Tinggal hanya kita mengamit secebis kenangan bersama beliau.Kisah-kisahnya akan kekal menjadi bualan sebagaimana kisah hulubalang Melayu sebelumnya.Beliaulah hulubalang moden Melayu pada abadnya , mengangkat Silat Melayu iaitu Silat Seni Gayong dikenali serata dunia.Beliaulah Almarhum Dato Meor Abdul Rahman bin Uda Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong.

Kenangan bersamanya tidak akan dilupai akan kekal terpahat disanubari.Inikan pula hadiah pemberiannya menjadi tanda mata sebagai ingatan kepadanya.Baik dari Pulau sudong sehinggalah ke Taiping , banyak sungguh khazanahnya.Boleh dimuatkan kedalam muzium khas kalau dikumpulkan.

Salah Satu Kemenyan Pemberian Almarhum Dato Meor Kepada Penulis.Kemenyan Ini Telah DiJilatnya Selama 40 hari Sebelum Dia Kembali KeRahmat Allah

Setiap yang pernah bersamanya mempunyai cerita tersendiri dan ada hadiah tersendiri darinya.Ada yang beroleh batu cincin ,ada yang beroleh kemenyan,ada yang beroleh pakaiannya,ada yang beroleh keris dan pelbagai lagi.Semuanya sebagai kenangan yang tidak dapat dipisahkan.

Amalan Di Pulau Sudong Pemberian Almarhum Dato Kepada Arwah Naning Dan Pemberian Arwah Naning Kepada Arwah Cikgu Kalsom Dan Pemberian Arwah Cikgu Kalsom  Kepada Penulis

Peluang ini hanya ada dizamannya, bagi yang terkemudian hanya sekadar menatap sejarah yang ditinggalkannya dan bagi yang memiliki menjadi tanda kurniaan seorang guru, bapa kepada murid-muridnya.Apa yang dipinta hanyalah keberkatan semuanya.

Apa yang ditinggalkannya membawa erti besar pada murid-muridnya dan hanya memori dan kenangan hadiahnya menjadi tatapan dikala rindu.Mereka-mereka inilah diharapkan menyambung perjuangan yang ditinggalkannya sebagai menjadi pewaris kepada Bangsa Melayu dan budayanya dan menguatkan lagi dari kalimat Hang Tuah Hulubalang Melayu,”Takkan Melayu Hilang DiDunia”.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...