Friday, July 6, 2012

Pelbagai Kisah Bersama Dato Meor


Kisah # 1

Kenangan bersama Dato Meor memang tetap terpahat dalam ingatan. Alkisahnya semasa beliau sakit di HKL lalu saya melawat beliau.Sampai sahaja di wad VIP yang beliau duduki lantas beliau pun menyapa ...”aaa..orang Selangor...” itulah panggilan yang kerap dilafazkan buat saya bile berjumpa dengan beliau.Saya pun berdiri menyandarkan diri didinding wad tersebut sambil bertanyakan khabar beliau.Kedatangan saya bersama saudara segayong bernama Zailan ditegur oleh Almarhum keatas kami katanya dalam senyuman..” dah! ada girlfriend ya!..” kami pun saling berpandangan dan Zailan pun menganggukkan kepala.

Semenjak lewat 80an beliau telah beberapa kali dimasukan kewad atas menghadapi penyakit kencing manis.Pada suatu ketika hendak dipotong kakinya kerana terlalu kronik tetapi beliau menolak dan sanggup mati namun untuk kakinya dipotong tidak sekali.Semangatnya cukup kuat dan kalau kita fikirkan ada juga benarnya kata beliau itu.Sebagai seorang Mahaguru Silat Seni Gayong beliau tidak boleh berkeadaan cacat walau apapun terjadi kerana ia adalah sebahagian dari perwatakan yang perlu dijaga.

Selalunya apa bila ada lawatan beliau akan duduk tegak diatas katil sambil bercerita dan bertanyakan khabar. Lantas katanya pada kami..”Omar Din ada datang nak melawat tapi Dato tak mahu jumpa ..Dato gayongkan dia....terus dia balik..” sambung Arwah Cikgu Kalsom ..”dengar ada orang jatuh diluar..”Masa kami datang melawat itu keluarganya ada bersama,Arwah Datin Peridah, Arwah Cikgu Kalsom dan agak ramai juga didalam bilik tersebut.Hampir dua jam kami disitu kami pun mohon diri untuk pulang.

Aku Yang Memegang Dagu , Bercermin Mata Saudara Khir Mendengar Pesanan Arwah Dato Meor Dalam Satu Majlis Penyampaian Sandang Di Balai Adat ,Air Kuning , Taiping Pada Tahun 80an


Kisah # 2

Teringat pula saya cuba menyergahnya semasa Kejohanan Silat Sedunia di Kuala Lumpur pada tahun 1987.Kejohanan itu berlangsung di Stadium Negara. Pada malam itulah Arwah Dicky Dzulkarnaen telah berkata sebelum beliau memulakan demonstrasi....”ada orang mengatakan bahawa saya yang bertarung dengan Bruce Lee.Sebenarnya tidak , orangnya ada disini pada malam ini..” Lantas Arwah Dicky Dzulkarnean pun menuju kepentas utama dan terus bersalaman dan mencium tangan Arwah Dato Meor.Pengakuan secara simbolik dengan bersalam selepas kenyataan secara psikologinya membuktkan yang Arwah Dato Meorlah yang bertarung dengan Bruce lee.

Pada ketika itu saya berada lebih kurang tiga baris kerusi dibelakang tempat Arwah Dato duduk.Setelah Silat Seni Gayong melakukan demo pada malam tersebut, Arwah Dato pun mahu pulang , dalam perjalanan kerusi sorongnya ditolak oleh Cikgu Sazali, lalu saya menyergahnya , dengan sepantas kilat Cikgu Sazali melompat kedepan cuba mempertahankan beliau. Bla dilihatnya saya lantas kata Arwah Dato..”orang Selangor..”.Cikgu Sazali pun tersenyum dan kami bersalaman.


Kisah # 3

Teringat pula kisah  semasa di Taiping.Kami sampai unuk menginap diasrama yang disediakan bagi sesiapa yang hendak mempelajari Silat Seni Gayong.Asrama tersebut berhampiran dengan surau yang tinggi kedudukannya.Sampai sahaja di sana selepas bersalaman Arwah telah menunjukan Seni Gayong dengan hanya pegangan dua jari sahaja, telah menyebabkan saudara segayong saya terduduk dan terkencing.Inilah seni saraf, lalu dijelaskanlah sedikit secara pengenalan.Saudara segayong yang menerima tangkapan itu namanya Arwah Rosli sehingga keakhir hayatnya rasa bisa itu kekal ditangannya.Seorang lagi adalah Malik seorang guru sekolah yang saya pun tidak tahu dimana beliau berada sekarang.

Tinggallah kami diasrama itu mandi,tidor, sehingga sampai tempohnya kami pulang ke Selangor.Pada ketika itu masih dalam ingatan saya Cikgu Sazali tidak berada di Taiping, beliau berada di Kelantan kalau tidak silap saya.Menjadi memori ,songkok saya tertinggal diasrama tersebut iaitu songkok hitam lipat yang telah sebati kekal tinggal di Taiping menjadi tanda kenangan saya pernah bermastautin di Air Kuning Taiping dalam mendalami hanya sedikit Silat Seni Gayong ini.Walaupun sedikit tapi rasanya cukup banyak yang saya fahami. Buat kata beliau dalam amalan menteranya yang diberikan pada kami: 

                          Ku-jilat  tuboh mu dari darah sabuku
                          Asal dari ayer susu ku
                          Manis ku rasa bukan mangsa ku
                          Xxxxxxxxxxxxxxxxxx
                          Harimau Pelangi Chula Sakti nama Bapak-ku

Semoga dicururi rahmat keatas rohnya dan roh zuriat-zuriat Gayong.Amin


2 comments:

  1. aslmkm wbt, semasa hayatnya, pernah tak ada yang cuba bertanya "betul ke mahaguru dato' meor pernah bertarung dgn Bruce Lee?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada orgkapak..jawapannya ada....pada kejohanan silat sedunia 1987 Arwah Dicky zulkarnain telah membuat statement tentang ini secara terbuka...ada disiarkan dalam utusan malaysia tahun tersebut...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...