Tuesday, July 3, 2012

Kupasan Gersik Di Pantai


Gersik di Pantai, apakah agaknya maksud yang tersirat dari petua geruh ini?Mengikut pengertiannya gersik ini bereti tiruan pasir yang terinjak atau pasir kasar. Ia juga boleh diistilahkan sebagai sesuatu yang bersentuhan yang mengeluarkan bunyi seolah-olah suatu irama “kersik-kersik”.

Apakah kaitannya yang diistilahkan seperti suatu irama ini dalam ilmu petua Silat Seni Gayong? Kita banyak membincangkan tentang petua ini, tetapi tahukah kita apa-apa mengenainya? Petua ini digunakan dalam hendak memulakan perjalanan atau melakukan sesuatu supaya dengan IZINnya dapat merasakan tentang kejadian pada diri .Penekanan konsep berpantang maut sebelum ajal.

Tapi apakkah ianya gersik di pantai ini?Kenapa dipanggil sedemikian?Apa kaitannya pada diri kita?Apa kena mengenanya dengan pantai ?

sekadar gambar hiasan

Ianya adalah satu petua dengan cara mengesek dilengan untuk menilai bunyi pada lengan tersebut.Dilakukan dengan gesekan menaik dan menurun.Ianya dinamakan sedemikian kerana nilaian bunyinya itu ada persamaan dengan deruan ombak dipantai.Berkaitnya dengan kita dan dinamakan sebagai petua kerana kaitannya manusia dengan alam.Ada tujuh gerak geruh pada petua Silat Seni Gayong disitu dan gerak yang pertama ini menilai gerak roma dan kulit pada badan kita.Pada petuanya ia membawa erti agar dapat mengenal pasti perubahan pada roma dan kulit kita itu.

Apakah nilaian perubahan pada roma dan kulit ini?Jika ada perubahan pada roma dan kulit desiran bunyinya akan berlainan kerana roma dengan kulit sudah tidak sekata lagi.Jika ini berlaku kita mohonlah pada tuhan semesta alam akan keselamatan kita, dan mencari jalan keluar agar desirannya kembali seperti sediakala dan semulajadi.

Kenapa pentingnya untuk mengembalikan desiran itu pada semulajadi?Adalah kerana pengembalian kepada tempat asalnya ada kaitan dengan alam dan kejadian diri ini. Samada perubahan itu memudaratkan atau pun tidak semuanya itu adalah ujian dan dugaan yang mendalam pada yang memahaminya.

Tetapi memang kerap terjadi, kepekaan terhadap perubahan bunyi ini diabaikan.Ini mungkin kerana faktor ketidak fahaman akan nilaian petua ini.Apa pun jika kita betul-betul mahu menjadikannya pakaian pada diri hendaklah kita dengan bersungguhnya memahami akan ianya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...