Wednesday, July 4, 2012

Kupasan Tunggul Rasulullah


Tunggul Rasulullah adalah petua geruh seterusnya dalam amalan Silat Seni Gayong.Apakah tunggul Rasulullah ini?Pada istilahnya tunggul itu suatu benda yang timbul atau menonjol tanpa bergerak, manakala dikaitkan ianya dengan rasulullah kerana fahamnya kajian akan kejadian manusia ini.

Dimana letaknya tunggul ini pada diri kita? Pada hidung yang mempunyai dua lubang untuk pernafasan.Yang sentiasa bergerak tanpa henti sehinggalah kita dikatakan mati.Pergerakan pernafasan ini didalam tunggul Rasulullah adalah nikmat sebagai radar pemberitahuan bahawa kita masih lagi bernyawa.

Bagaimana mengenal pasti tunggul ini masih utuh? Untuk mengenalnya ianya hendaklah dilihat dengan kedua mata ditumpukan pandangan keatasnya. Jika masih dapat dilihat maka utuhlah lagi tunggul tersebut, jika sebaliknya mohonlah kita pada tuhan semesta alam akan perlindungannya dan kemudahannya.

Sekadar Gambar Hiasan

Sebagaimana penjelasan dirangkap dua, tunggul rasulullah ini berkait rapat dengan nafas kita. Salah satu cara untuk mengenal pasti nafas kita masih utuh adalah dengan mengenal dan melihat tunggul itu tadi.Apa kaitan keduanya?Kaitannya amat jelas dan rapat sehinggakan ia diambil sebagai petua melihat dan merasa akan nafas yang tidak kita lihat itu.Contoh yang amat mudah dilihat tetapi dinafikan akan kesedarannya apabila kita dalam keadaan termengah-mengah, akan dapat kita amati kembang kuncup tunggul kita.Apa yang sering berlaku kita akan gunakan pernafasan dari mulut untuk melegakan mengah itu.

Apakah perubahan yang  dapat dilihat jika tunggul ini sudah tidak utuh?Ianya akan mengendur dan jika dilihat dari kedua mata kita bayangan atau bentuk tunggul itu tidak nampak.Tetapi pada pandangan seseorang yang melihat kita jika ia peka, akan jelas perubahan tunggul tersebut.Perubahan yang berlaku pada tunggul ini berperingkat secara perlahan-lahan dari jelas hinggalah hilang jejaknya dari kacamata tuan punya tunggul.

Jika ini berlaku maka jelaslah geruhnya pada kita.Geruhnya jika hanya ditunjukkan pada tunggul rasulullah sahaja jelas memberikan amaran jika meneruskan waktu berlakunya itu akan mendatangkan mudarat pada anggota dalaman dengan IZINNYA.Jika tergerak geruh keduanya gersik dipantai dan tunggul rasulullah maka akan bertambah parah zahirnya itu.Apa pun semuanya diatas ketentuan tuhan semesta alam yang ditunjukkan pada manusia melalui alam kejadian.Maka pohonlah yang diletakkan dalam qada dan qadarnya agar kita mendapat perlindungan dan kemudahannya jika kita digerakkan dengan geruh ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...