Ada rahsia apa pada sandang? satu
persoalan yang mungkin kita lupa untuk bertanya atau terlupa untuk bertanya
atau memang kita tidak mahu ambil peduli.Sering kali bila diperlihatkan akan
majlis penerimaan sandang ,berpusu-pusulah orang hendak memilikinya.Sandang
sudah menjadi sebahagian koleksi khazanah kita. Memiliki sandang atau
penyampaiannya sudah terlalu komersial sehingga tiada siapa peduli akan nilai
penyampaian serta tugasan asal pemiliknya.Apa yang penting kain yang pelbagai
warna dan bentuk aturannya ini disandangkan ke bahu.Selepas itu bolelah kita
bergaya dalam setiap majlis lain pula.
Setiap sandang yang disampaikan
dalam adat bersandang Silat Seni Gayong ada nilai dan rahsianya.Bermula dari
persediaan sebelum penyampaian sehingga masa penyampaian dan diteruskan selepas
disandangkan.Warna yang ada dalam setiap sandang membawa makna yang mendalam
dan menyimpan seribu rahsia.Mengambil sebagai contoh sandang Waris Beradat dan Ketua Beradat bertanah hitam berjalur
berkilat putih memberikan makna yang tersendiri dan tersembunyi melindungi,mengawal
dan menjaga.Ianya bukan hanya sekadar warna sahaja menurut penerangan guru
suatu ketika dahulu.Itu secara ringkasnya,kalau dengan fahaman yang mendalam
sudah tentu kita akan merasa dan berfikir kelayakan yang ada pada kita.Jadi
sebagaimana yang asalnya hanya 14 orang sahaja pada suatu masa sahaja yang akan
disandangkan dengannya.Tapi sekaranag ini sudah menjadi seperti jualan langsung
hingga hilang erti sebenarnya.Tepuk dada tanya selera wahai pejuang adat Gayong
iaitu kita sendiri.
Gambar Hiasan Sandang Contoh |
Susunan dan nama yang dibuat
bukan rekaan, ianya ada kaitan dengan Melayu yang mendiami alam nusantara ini.Tetapi
kekadang kita lebih menambah untuk kesedapan kita sendiri hingga hilang yang
boleh kita katakan kesaktiannya. Apa pun alam yang berkembang ini memang selalu
terpancar dengan dusta yang menutup ain kita untuk melihatnya.Bukan sahaja itu
malah menjadikan kita tuli iaitu tidak mendengar akan panggilan atau seruannya.
Diambil lagi sebagai contoh
sandang Khalifah Muda yang warnanya bertanahkan kuning dan berjalur
merah.Disebalik warnanya sahaja sudah tersembunyi rahsianya yang perlu kita
tuntut agar kita ada ilmunya.Teringat kata guru dalam kiasnya jika ada sandang
ini ibarat panglima yang dengan izinNYA melayani dan berseloroh telatah 40 orang .Apa kias
penyampaian arwah guru tua ini sama-sama kita fikirkan.Sejauhmana kita
faham,rujukan kita pula sudah kembali ke Rahmat penciptaNYA. Tinggal hanya
secebisan dikalangan kita,kekadang pun kita sendiri tidak faham akan ianya.
Mana manikam dan mana kah jauhari yang akan mengenalnya.Alam yang tua ini penuh
dengan misteri yang mudah dirungkai kalau kita diberikan pengetahuan akan punca
tawarikhnya.
Cukup sebagai meluaskan minda
agar jangan kita duduk dalam kepompong yang kita rasa selesa.Rahsia tersimpan
dipurbakala, begitulah pantun arwah guru kita yang selalu kita kenang dan
bersedekah AlFaithah serta zuriat salasilahnya.Nun awan putih melindungi aku, zikrullah,
Ya Allah Ya Muhammad,Ya Allah Ya Tuhanku. Semoga kita semua diberkati.