Perkongsian ini diteruskan agar
ia menjadi jambatan kita memahami Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong ini.
Kemahiran bersilat disusuli dengan kemahiran berseni membolehkan kita menguasai
akan ilmu dan petua yang ada didalam gedung Silat Seni Gayong ini. Ingin saya
sentuh disini setelah kemahiran ini dikuasai ,bagi memperlengkapkannya
dikurniakannya dengan sandang .Pengurniaan sandang ini dalam perlakuan
adat-istiadat peradaban Silat Seni Gayong sebagai penanda bahawa layaklah ia
untuk berkongsi pengalaman ilimu dan petuanya berlangkah, berseni Gayong itu
dengan anak-anak Gayong yang bakal mengenal akan huruf perlangkahan itu.
Sandang yang dikategorikan sebagai Khalifah dengan pelbagai tingkatan yang
diterangi dengan warna kuning dan merah membawa erti dibawah lindungan pemerintah
iaitu Raja Melayu dan disusuli dengan keberanian sebagai panglima Melayu.
Apabila pengurniaan sandang ini
diperlakukan adalah dinukilkan penerimanya mempunyai kemahiran berseni dan
bersilat yang tinggi dalam melatih rakyat yang akan menjadi pelindung Raja
Melayu.Digambar dan dikiaskan kehebatan pemegang sandang ini dengan izin dan
limpahnya boleh bergurau senda dan mengendalikan 40 orang dalam suatu masa pada
keadaan yang memerlukan.Berlegar didalam kepala kita mungkinkah atau tidak
ianya begitu? Itulah misterinya.Sudah dikatakan ianya ilmu hulubalang dan untuk
sampai ketahap seterusnya itulah perumpamaan akan kehebatannya dengan izinNYA
yang boleh dikawal selia atau dikendalikan pemakainya.Tapi untuk penulisan kali
ini saya belum lagi ingin berkongsi akan apakah itu Hulubalang yang sering kita
perkatakan.
Sekadar Gambar Hiasan |
Saya hanya menerangkan disini
sedikit sahaja akan kedudukannya secara bersimbolik agar kita memkirkankannya
dimana kita.Jika hendak diterangkan satu persatu setiap kedudukan secara
terperinci mungkin boleh dijadikan sebuah buku.
Maka melatihlah ia dengan
kurniaannya itu dan itulah sebagai tanda atau chop kelayakannya yang sepatutnya
menurut susunan adat istiadat peradaban Silat Seni Gayong. Tetapi kita
mengubahnya kerana kita tidak memahami mungkin akan bagaimana
perlaksanaannya.Sepatutnya mulai ditangga satu tetapi kita terus melompat
ditangga yang tidak sepatutnya.Fikirkanlah..sesama kita fikirkan.Apapun kerana
mengikut peredaran zaman kita akan mengatakan tidak mengapa.Ya! memang tidak mengapa
zahirnya,tetapi hakikatnya...?
Kita tinggalkan hal yang kita
rasakan tidak perlu dipanjang lebarkan.Kembali kita kejalan penceritaan
ini.Setelah ia dichop mohorkan maka berkongsi dia akan keilmuan dan petua
Gayong ini.Dimulai dengan ngaumannya yang menyeram dan mengerunkan, ibarat
harimau yang mengaum dihutan.Melalui arahan ini kesemua anak-anak Gayong
mematuhi dengan penuh disiplin.Sebelum ia mengaum disusuli dengan doa dan
permintaan agar perkongsian kelimuan itu nanti akan diberkati dan dilindungi
pengamalnya.Dimulai dengan "Adam" dan dimohonkan pada yang amat
berkuasa atas sesuatu, tuhan semesta alam dengan limpah kurnianya berselawat
keberkahan kepada baginda penghulu sekelian nabi.
Ngauman disuarakan,langkah
dimulai ,bertapak dihujung bebola, berlapik disendi tumit,bergenggam tanpa
kukunya,menukilkan garisan pada alamnya.Setiap gerakan bersilatnya disusuli
dengan pola-pola itu tadi.Dilontarkan dengan dentuman halilintar Dzatt dalam
setiap apaalnya.Mengalir keringat keluar dari setiap liang romanya,dijilat,
dikeringkan ia.Dengusan nafasnya mengambarkan kekuatannya,getarannya dengan
langkah pola disusuli gentaran dalaman pernyataannya.Dimulai ia sebelum
diterangi titik "Ta" pada pola langkah memburunya.
bersambung......
Semoga kita diberkati.