Friday, May 24, 2013

Ilmu Meringankan Badan



Ilmu meringankan badan or in English the art of alleviate the body. In Silat Seni Gayong the art was taught from the beginning of class. Whether the practitioners aware or not are not the matters. The most important method is to be applied in each training session. But nowadays the method has been faded and preparations on the body conditioning are not well maintained or preserved.

There are the techniques set of exercise for this purpose and there is also a spiritual side of it. The combination of those method will generate a great deal in lighten the body. Mastering both applications will able the practitioners to perform the techniques of YOI. With the lighten body the practitioner will be able gaining full agility in movement which are important when performing techniques.


Sekadar Gambar Hiasan
How does this applications works? There are a set of conditioning exercise to perform every time at training session. Those set of exercise resulted with lighten the body for agility in movement. The training might take longer time before reached to those stages and highly patience needed. Combination with spiritual method in applying these techniques would be able the practitioners to perform the techniques with flying colours.

When correct training is done the body will feel lighter and when walking the feeling was like flying. Nevertheless it increased the speed of the movement and the leg will move as fast as the hand. Leaping like a tiger flying like an eagle, as a proverb Malay saying, like walking on a leaf.

Sekadar Gambar Hiasan

The exercise set start with stabilities, muscle built, stamina, stretching the muscle, coordination etc are the major act that should be applied during each training session. Combination with spiritual at a certain time would be a complete set of application for completing mastering these techniques.

The training take years of perfection which are categories in the art of Tapak Gayong. The secret behind the training if done perfectly and precisely will prepare the practitioners for the advance stage which known as YOI. The agility, the speed, the accuracy in performing the striking techniques are founded in that art of alleviates the body. As for the lovers of Silat Seni Gayong for that purpose I would suggest dig the knowledge without fail and be ancient warrior of the Malay.

Semoga kita diberkati.

Saturday, May 18, 2013

Jelajah KHTC # 7



Perjalanan kali ni ke Amsterdam, Holland. Memandu menyusuri lebuhraya keutara ,boleh dilihat perbezaan keadaan pemandangannya yang berubah apabila memasuki negara lain.Mulai dengan France melintas Belgium dan akan diakhiri dibumi Belanda ini. Kebanyakan penduduk di Belanda boleh berkomunikasi dengan pelbagai bahasa, dan Bahasa Inggeris difahami dan dipertutur dengan meluas. Tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi disini.



Kami menempah bilik disebuah hotel yang terletak di Damrak Street, Amsterdam. Jika menaiki keretapi kedudukan hotel ini tidak jauh dari stesyen keretapi tersebut. Penempatan untuk kereta amat terhad dan sukar tetapi hotel yang kami tinggal menyediakan perkhidmatan parking yang agak jauh dengan servis jokeynya sekali. Satu perkhidmatan yang kami perlukan.


Kami mengambil masa di Amsterdam untuk berehat setelah penat dengan promosi Gayong yang terdahulu bermula dari France hinggalah ke Belanda. Silat Seni Gayong ada bergelanggang di selatan timur Belanda dan mempunyai hubungan yang baik dengan pengamal silat di Holland ini.Alhamdulillah Silat Seni Gayong diterima untuk bersama dalam Organisasi Silat Melayu disini.


Misi “Sama Sendiri Bantu Membantu” diteruskan selagi kami mampu untuk berGayong walaupun dimana. Apa yang penting penjelajahan ini meninggalkan banyak pengalaman dan akan tersemat sebagai sejarah Gayong khasnya.Harapan kami agar misi yang kami lalui ini menjadi pendorong semangat yang lebih jitu dan menyeru saudara SeGayong untuk bersama kita melaksanakannya agar segala hajat itu dapat dituju.

Semoga kita semua diberkati.

Sunday, May 12, 2013

Jelajah KHTC # 6



Selesai di Lisieux , KHTC ke utara Perancis. Dunkerque destinasi seterusnya, sebuah tempat yang berhampiran dengan Belgium. Gelanggang disini dikenali sebagai Silat Seni Gayong Kumbang Hitam Cote D’Opale. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Lisieux. Perkongsian yang sama akan dijalankan disini. Silat juga merupakan beladiri asing bagi mereka disini.


Iklan

Sebelum Mula Acara
Seperti ditempat lain juga , kami diraikan seperti keluarga disini, keluarga Gayong, makanan,tempat tinggal, layanan yang amat sukar kami balas.Hanya doa yang menyusuli akan semua budi mereka ini.

Berkongsi Pengalaman

Di Dunkerque ini program bermula jam 1600 sehingga 1900. Satu masa yang agak lama dari tempat yang sebelumnya. Majoriti peserta adalah terdiri dari mereka yang beragama Islam. Acara malam itu dimulakan dengan bacaan AlFatihah, Alikhlas dan selawat bersama perserta dan penonton. 

Sebahagian Peserta Yang Hadir
Kehadiran terdiri dari perserta dewasa lelaki,wanita,kanak-kanak dan kebanyakan mereka hadir bersama keluarga. Satu perkongsian yang amat baik dan sambutan yang diluar jangkaan.Perkongsian disini kami atur agak berlainan sedikit, disini kami adakan sessi  penerangan bagi kaedah membela yang mudah bagi semua peringkat umur serta dikongsikan juga kaedah-kaedah Gayong yang lain. Misi “Sama Sendiri Bantu Membantu” diteruskan.

Thursday, May 9, 2013

Jelajah KHTC # 5



Malam itu acara dimulakan jam 1900, kami tiba awal dilokasi . Walaupun begitu hari masih cerah seolah jam 1600 petang. Bila hampir masa acara didapati ramai penonton yang hadir untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gayong ini. Kami ditemuramah oleh pemberita dari akhbar tempatan. Salah satu soalannya adalah berkenaan silat yang amat asing pada mereka dan inilah pertama kali mereka didedahkan dengan beladiri silat ini.

Dalam Perjalanan Ke Gym Di Lisieux

Di Venue Program

Perkongsian malam ini berjalan dengan lancar dengan acara mengambil tapak, demonstrasi, acara berkongsi bersama bagi yang berminat ingin mengetahui serta acara bergambar.Kesemua perserta berpuashati dengan apa yang dikongsikan dan ada yang mendaftar untuk mengetahui lebih lanjut akan Seni Gayong ini. Perkongsian kami dan promosi kami di Louannec dan Lisieux ini adalah kejayaan dalam mempromosi Seni Gayong dalam menyambung usaha cikgu-cikgu Gayong yang telah bertungkus lumus mengenalkan Gayong di France ini.
Penonton Yang Hadir

Ditemubual Pemberita

Ditemubual Pemberita  



Wakil Perbandaran Bahagian Sukan

Keratan Akhbar



Keratan Akhbar

Keratan Akhbar

Perkongsian malam ini disertai bersama dari ahli beladiri lain seperti  Karate , Kali Eskrima, Wing Chun. Mereka semua berpuashati dengan acara perkongsian tersebut .


Perserta Yang Menyertai Latihan Bersama

Acara malam itu ditamatkan jam 2100, kami pun berkemas untuk kembali ke rumah Anthony dan akan menikmati makanan yang disediakan oleh isteri beliau. Keesokan harinya kami akan meneruskan perjelajahan ke utara Perancis pula. 



Wednesday, May 8, 2013

Jelajah KHTC # 4



Pada 26 April 2013 kami meneruskan perjalanan dari Louannec ke Lisieux, iaitu sebuah bandar kecil di wilayah Normandie. Jemputan dari  Academie Bothoan Gayong Normandie mengamit seribu perasaan untuk bertemu dengan anak-anak Gayong disitu. Disitu persatuannya dipimpin oleh saudara Anthony Poussot, seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam beladiri dan telah jatuh cinta dengan Silat Seni Gayong kerana falsafahnya. Seorang yang menolak politik didalam persatuan secara total dan hanya mahu menumpukan seni beladiri dalam memperbaiki diri sendiri dan sumbangan pada masyarakat setempat.


Surat Jemputan Dari Louannec

Perjalanan memandu selama 5 jam dari Louannec ke Lisieux menyusuri jalan kampung amat mengujakan. Disusuli dengan musim bunga yang baru bermula. Perjalanan awal mengikuti lebuhraya dan ditukar melalui jalan kampung kemudian ditukar ke lebuhraya semula agar pengalaman diperolehi menyusuri pelbagai arah.

Surat Jemputan Dari Lisieux

Perjalanan dimulakan pada jam 1000 dan tiba di Lisieux jam 1500. Acara pada hari tersebut bermula jam 1700. Masa yang ada diambil oleh team KHTC untuk berehat. Persinggahan kami di Lisieux dengan hati yang terbuka dan bersungguh dipelawa oleh saudara Anthony Poussot untuk bermalam dirumah beliau. Sebuah pangsapuri yang terletak betul-betul di tengah bandar Lisieux. Sebagaimana juga semangat Gayong di Louannec yang mempelawa kami bermalam di rumah beliau yang terpaksa kami menolak kerana memikirkan keadaan isterinya yang mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan bayi. Atas dasar menghormati dan memahami kami telah memilih untuk menginap dihotel.


Bandar Lisieux di Normadie France

Sambil menunggu masa acara, kami disajikan dengan minuman oleh tuan rumah dan menyerlah semangat persaudaraan Gayong pada orang asing yang baru mengenal Gayong hampir setahun setengah. Sambil berehat yang disusuli dengan gelak ketawa kekeluargaan kami merasakan seolah suasana berada ditanahair sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...