Tersentap ia dari keasyikannya
dan tumpuannya mula berkumandang akan misteri "se" yang dijejakinya
selama ini. Sudah puas ia meredah belukar dan lurah namun misteri
"se" masih menghantui fikirannya dan kadang-kadang membuatkan dia
hilang punca dan menimbulkan tanda tanya. Kenapakah ianya sukar menemui
jawapannya menerjah acap kali dalam benak minyak otaknya. Semangatnya merungkai
misteri ini terus segar bugar apabila teringat akan pesan gurunya.Bingkas
bangun ia mempersiapkan dirinya dengan bersiram, mengurut lima anggotanya
dengan penuh teliti.
Sesudah itu ia pun bersemayam
sebaik mungkin dengan iringan deruan lagak berdendang lagunya. Rentak nada yang
kadang-kadang sayu kadang-kadang mendayu kadang-kadang keras. Bila terkenang
menitis airmatanya kerana pencarian "se" nya masih tidak ditemukan.
Rasa kepenatan dan kejemuan mula menghambat dirinya dan mulalah ia mengelamun
kedengaran bisikan-bisikan yang menyuruh ia batalkan saja niatnya.
Credit to Google |
Namun apabila memandang kehijauan
daun-daun yang kepelbagaian menzahirkan kekuatan agar keterusan ia melayari
merungaki misteri ini. Satu demi satu lembaran tawarikh perjalanannya
diungkapkan dibelai. Dibimbangi tertinggal petunjuk sehingga ia masih gagal menemuinya.
Diamati betul-betul akan lembaran tersebut,Dinilai, ditafsirkan akan setiap
kisah perjalanannya dengan mengingati semula petunjuk yang diberi oleh gurunya
dahulu.
Matanya tertumpu seketika ,
terdetik nalurinya , inilah yang ia terlepas pandang sehingga kan gabungan
perjalanannya hampir tidak sempurna. Diamati ia sekali lagi dengan teliti akan
bait-bait perjalannanya itu. Ia tersenyum sendirian, teringat akan dia betapa
lemahnya makhluk ini sehingga dilalaikan dari melihat akan keajaiban yang telah
dibentangkan. Mengucap istigfar ia beberapa kali, dan nalurinya menyatakan
inilah kunci akan terurainya misteri "se" yang disusuri selama ini.
Begitu yakin kelihatan disinaran
matanya menampakkan semangatnya kembali pulih. Hidayah tuhan berpihak padanya
kali ini. Dalam keasyikan ia yakin menemui apa yang dicarinya. tiba-tiba
bahunya ditepuk dari sisi. Dilihat ia
akan gurunya berdiri disisinya dengan penuh bergaya lagak hulubalang yang
bersiap siaga dalam semua suasana. Ia hanya mendongak melihat kan kelibat
gurunya ini. Hatinya kembali tenang bila melihat kehadiran gurunya disisi dan
bolehlah beliau mengesahkan penemuannya itu.
Gurunya masih berdiam disitu,
mungkin menunggu ia mulakan bicara.Baharu saja ia mahu berkata-kata, gurunya
melontarkan satu perkataan yang diulangi sebanyak tiga kali dan ditiup
kesabaran dalam dirinya. Tunduk longlai tengkuknya bertafakur dan kembali ia
duduk dalam ketenangan, Seketika detik ditoleh semula kelihatan gurunya sudah
menghilang entah kemana. Terlintas dalam hatinya apakah maksud gurunya
tadi........
bersambung........
semoga kita diberkati.