Dengan Bismillah mula
dikata,mengingati kebesaran Allah yang mulia, ...begitulah sebahagian bait-bait
pantun yang dicipta oleh Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman sebagai panduan
untuk anak yang bergelar Gayong. Bukan itu sahaja dalam latihan kita juga diarahkan
untuk menyebut Dzat. Setiap pergerakan dalam persilatan dilatih menyebut Dzat
ini. Mengapa kita tidak menyebut sahaja sebutan lain seperti beladiri lain.
Apakah Dzat ini? Mengapakah ianya cukup penting dan menjadi amalan sebutan
dalam setiap latihan? Apakah rahsia disebalik sebutan itu? Terlalu banyak
persoalan diminda kita berkenaan dengan sebutan Dzat ini.Keterangan ini
dikongsikan setelah diminta oleh seorang anak Gayong memberikan ulasan
tentangnya.
Gambar Hiasan |
Mari kita memahami apakah Dzat
itu. Dzat adalah sebutan yang disebut makhluk atas penciptanya. Dzat disini
adalah hakikatnya yang sebenar dalam penegasan terhadap tauhid yang sepatutnya
setiap makhluk fahami. Dalam Silat Seni Gayong , Dzat yang menjadi sebutan
dalam latihan, adalah untuk mengingatkan anak Gayong akan tauhid kepada Allah.
Setiap latihan akan dimulakan dan dihentikan dengan bacaan AlFatihah,AlIkhlas
dan Selawat. Sebutan Dzat ini tadi adalah kelangsungan dari bacaan pembukaan
sebelum latihan bermula. Mengapa ianya begitu? Ini dapat diperjelaskan didalam
Surah AlIkhlas yang diucapkan tadi. Surah yang hanya mempunyai empat ayat
tetapi maksud Dzat atau hakikat Allah itu nyata disampaikan. Dzat yang Ahad
yang tidak ada yang menyerupai apa sekali pun dari sebesar zarah hingga
sekecilnya. Maka tauhid ini dilangsungkan pada pergerakan silat dengan sebutan
Dzat untuk menyatakan bahawa segala Ahad itu hanyalah Allah tuhan semesta alam.
Kita ini hanyalah hamba dan segala gerak dan kuasa itu adalah milikNYA.
Perlakuan dalam menyebut Dzat ini
tadi disertakan dengan cara pernafasan.Nafas apa yang masuk dan yang keluar
berserta dengan sebutan Dzat ini.Untuk mengetahui kaedah yang tepat perlulah
mengadap guru agar diberi tunjuk akan jalannya.Kalau sudah memahami kaedah yang
betul ,kita akan merasai suatu perubahan dalam setiap pergerakan yang kita
lakukan.Dari kedudukan Alif, duduk dalam LamAlif dan bertapak dalam keadaan Ha,
disertai sebutan Dzat dalam pernafasan yang betul menjadi pelengkap bagi
pengamalnya.
Dimana keluarnya sebutan Dzat yang
disebutkan ini semasa melakukan pergerakan. Sebutan Dzat ini datangnya dari dalam perut
dan berhenti didalam dada semasa sebutan dilafazkan.Sebutan ini berhenti
disitu, yang keluar hanyalah bunyinya
sahaja.Pada dasar ini maka saling melengkapilah sebutan,pergerakan dan
pernafasan .Terlalu banyak rahsia yang tersembunyi disini yang perlu dituntut.
Mentelaah hanyalah sebagi pembuka minda untuk memahami dan menyelam lebih dalam
lagi.
Diharapkan dengan penerangan yang
ringkas ini memberikan kefahaman, dan jalan yang terbaik ialah dengan berjumpa
guru agar apa yang dituntut beroleh berkatnya.
Semoga kita semua diberkati.