Wednesday, November 13, 2013

Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong ?



Dipertengahan Muharam 1435 bersamaan 2013 teringat untuk berkongsi serba sedikit cerita yang mungkin sudah didengar, dibaca atau memang sudah maklum agar menjadi pedoman dan ingatan bagi kita pengiat ,pengembang Silat Seni Gayong.

Penulisan kali ini akan dikongsikan satu misteri mungkin, berkenaan Siapakah yang memiliki ILMU GAYONG ini.Sebelum kita berlayar lebih jauh fahamilah kita tentang sejarah Gayong sebagaimana yang diceritakan oleh Arwah Dato Meor Abdul Rahman.Kalau dahulu ianya diceritakan terus dari mulut beliau akan sejarah Gayong ini.Bezanya sekarang kebanyakan kita mendapatkannya dari bacaan-bacaan dialam maya.Ramai yang menulis sejarah ini tetapi maklumat mungkin dari guru yang membimbing mereka,tetapi yang ramainya menjadi juara sejarah Gayong ini setelah berguru dengan guru media.

Sebagaimana yang pernah disampaikan kepada penulis yang keluar dari bahasa dan mulut Arwah Dato Meor Abdul Rahman penuh makna dan kiasan samada secara terus atau pun secara berkias.Terpulang pada kita memahaminya.Secara dasar penceritaannya disampaikan mengikut kehendak beliau sahaja.Keseluruhan penceritaannya boleh dibahagikan kepada 3 kategori asas.Pertamannya sudah tentu tentang bersilat, keduanya tentang seninya dan ketiga sepertimana yag sedia maklum tentang Gayong.Keseluruhan penceritaan ini buat memudahkan kita mengetahui dan memahami akan Silat Seni Gayong ini.Walau bagaimana penyampaian penceritaannya ia tidak akan lari dari perkaitannya dengan adat istiadat Silat Seni Gayong.

Mari kita mengimbau sejarah Gayong yang disampaikan sendiri oleh Arwah Dato Meor tentang Gayong ini.Sebagai berkongsi sebahagian cerita sejarahnya disini dinukilkan tentang apakah yang dikatakan SILAT dalam Gayong itu sendiri.Melalui apa yang diceritakan oleh beliau secara simbolik, Silat Seni Gayong ini adalah permainan atau cara bersilat Harimau.Ramai yang sudah sedia maklum akan nama ini yang asalnya dikenali sebagai Silat Sendi Harimau sebelum dikembalikan keasalnya Silat Seni Gayong.

Arwah Dato menerangkan bahawa apabila penerimaan anak Gayong yang kita kenali sebagai perlimau tapak dan seni, ia sebenarnya menerangkan berkenaan tapak langkah bersilat setiap individu yang diterima sebagai anak Gayong pada masa majlis adat-istiadat perlimau itu dijalankan.Bagi yang lelaki dimulai dengan perlimau tapak manakala wanita terus dimulai dengan perlimau seni.Amat jelas disini perkaitan antara bersilat atau silat dengan adat dalam Silat Seni Gayong ini.Penyampaian diteruskan lagi dengan menerangkan kenapa bagi lelaki perlimau tapak.Penjelasan yang disampaikan berkenaan bersilat bagi lelaki yang perlu dilatihkan dengan Senaman Anak Harimau yang dihimpunkan dalamnya 7 pergerakan yang kita kenali dengan tumbuk pintal tali ,panchong dayong ,seni tapak kunci mati dan sebagainya.

Sekadar Gambar Hiasan

Manakala perlimau seni boleh terus dilatihkan seni serangan maut, kaedah melangkahnya , kaedah bunuhnya dan sebagainya. Kalau perlaksanaan adat ini tidak mengikut sebagaimana yang diperturunkan asalnya difahamkan kemahiran melangkah,menyerang,menangkap tidak akan sampai kepada piawaiannya.Pelikkan ? tetapi itulah perkara misteri yang kita perlu selami dan fikirkan dengan mendalam.Rujuk kepada kata-kata beliau yang menyampaikan amaran bahawa siapa yang tidak menjalankan adat-istiadat ini maka mereka dikira bukan saudara seGayong dan tidak boleh diiktiraf sebagai murid Gayong.Amat besar maknanya disini,kalau tidak diiktiraf , bagaimana kita hendak mendapat ilmunya.Jika kaedah adatnya pun sudah lari dari asalnya, mana nak dikatakan betulnya dan mungkin kita tidak mendapat ilmunya.Ilmu ini akan dikurniakan pada yang berHAQ walaupun ramai yang berlimu tapi amat beza jika pada yang berHAQ.Fikirkanlah cara dan kaedah kita diterima semasa majlis tersebut.

Untuk menjadi Hulubalang Gayong atau lebih selesa saya mengelarkannya Hulubalang Harimau kerana ada penceritaannya tentang itu bukanlah perkara yang mudah.Cuma kali ini saya tidak kan berkongsi mengenainya dan mungkin akan disampaikan dipenulisan yang lain.

Kembali kita kepada landasan penceritaan sejarah tadi.Anak-anak Gayong yang sudah menjalani perlimau ini akan dilatih sebagai sedia maklum tentang selok belok bersilatnya.Dilengkapkan mereka dengan tapak atau melangkah yang dikategorikan dan dikenali sebagai 21 buah bersilat .Dalam setiap 21 buah bersilat ini diperturunkan petua dan ilmunya bagi setiap satunya.Sehingga dikiaskan setiap liang roma kita itu turut dilatihkan dengan segala petua dan ilmunya.Seperti penerangan diatas bukan senang , bukan mudah tetapi tdak mustahil.Marilah kita faham-fahamkannya.

Setitik peluh kita bersilat itu akhirya dihidangkan dengan makanan yang enak-enak sehingga kita kenyang sebagai kiasan kita dipenuhi dengan ilmu dan petuanya dan petua dan ilmu ini ada pada ibu yang akan melahirkan anak-anak Gayong.Dalam majlis perlimau itu diisytiharkan akan keberkatan ibu itu yang menunjuk cara melangkah kita dalam mengharungi alam ini nanti.Kesemua penceritaan ini disampaikan secara bersimbolik dan berkias dan tidaklah dapat saya menulisnya dengan lebih mendalam disini demi menjaga apa yang perlu dirahsiakan yang hanya boleh dijelaskan dengan menuntut.Kalau kita ingat dan faham ilmu dan petua Silat Seni Gayong ini hendaklah atau perlu dituntut bukan menjadi turun temurun atau mengikut keturunan.Walaupun keturunan dan dituntut dan jika bukan kepada yang berHAQ ia tidak akan mampu memilikinya, hanya yang berHAQ sahaja yang akan memiliki Chula Saktinya.Pengendaliannya perlimau dalam menuntut cara melangkah Gayong adalah kaedah permulaan bagi yang berkehendak menuntut HAQnya.Perkongsian sekadar pembuka minda anak Gayong agar mendalami dengan sedalam-dalamnya ibarat mengail biar sampai kedasarnya, jangan hanya digigi air sahaja.

Semoga kita diberkati.

Bersambung.................



Sunday, November 10, 2013

Taking Note of A Knowledge



Performing an event of "boiling oil" is not an easy task. Experiences will make it perfect. While gaining experience one must equip with a complete knowledge. Once it need to be applied when the circumstances come. Thru out the journey we can see many instructors trying to equip themselves with the knowledge. Sometimes they achieve the desire but many of them fail to do so. Failing is part of life circulation and needed a correct understanding to be achieve in the next future. In preparing a "hot boiling oil "a well verse of the knowledge is highly compulsory. We don't know when the mishap going to take place. Melayu is an ethnic of having a person been test to recognized him having the full knowledge. With this kind of examination will make an individual more fit to be appointed as one who have the great knowledge.

It was told and heard before , in some occasion of the event of "boiling oil "some undesirable things happen. Such an example, a man suffered burns and the burn is bizarre. It looks like he was been infected a chicken pox. A magical water was prepared for him to cure the illness and he recovered.

Sekadar Gambar Hiasan

Another example on the same event but at a different place and day. A crater full of coconut milk remain as it was the same when it was poured into it. There was no sign of the coconut milk will turn into an oil. Various "petua" used but failed. Until they used the "petua" of Silat Seni Gayong and suddenly it changed the situation. Within a moment it was cooked perfectly and the coconut milk has turned into an oil and is ready to be dye.

That are a few occasion of an event on preparing a "hot boiling coconut milk" into a "oil". To many things to be understand and to be dig on this knowledge. What do's and don'ts which have to be aware. Just feeling safely or comfortably on knowing of the way to prepared is not enough. There are too many hidden knowledge in the art of preparing the "boiling oil" which are only can be fulfilled by the guidance of a knowledgeable teacher. When comes the day you will be ready conducting by yourself then you will be released.

Semoga kita diberkati.


Sunday, November 3, 2013

Kembali Bertaut



Baru-baru ini aku menerima email dari penama yang tidak aku ingat.Nama nya Faizal Ismail, pada mula aku ingatkan seorang murid Gayong dari Pahang yang juga mirip nama itu.Setelah berbalas email baru aku disedarkan yang belaiu adalah murid aku yang telah kehilangan jejak lebih dari 25 tahun.Dahulu aku ada juga mencarinya tetapi segala usaha aku gagal, begitu juga dengan beliau.Aku hanya berkesempatan bertemu dengan beberapa saudara seGayong dengannya semasa aku mengajar  SIlat Seni Gayong dahulu di Sekolah Menengah Datok Lokman,Kampong Pandan.Itu pun hanya untuk beberapa ketika sahaja, Saharuddin, Aidil Fitri antara mereka yang pernah aku temui.

Sekolah itu terletak bersebelahan Sekolah Menengah Aminuddin Baki dan disimpang jalan ke sekolah tersebut terletak sebuah kuil Sikh dan sebuah gerai.Itu gambaran yang dapat aku ingat hasil pertemuan aku dengan Faizal didalam medan maya.Alhamdulillah, Gayong ini suatu masa kembali bertaut, begitulah pantun keramatnya dan inilah yang terjadi diantara aku dengan murid aku ini.

Diminta aku menulis didalam entry aku akan jejak kasihnya itu, yang ditemuinya melalui video youtube dan akhirnya melalui blog ini dan setelah pasti beliau pun membuat perhubungan.Ternyata usahanya itu dikabulkan tuhan.

Faizal duduk dikiri sekali

Bila sudah dapat dihubungi betapa gembiranya beliau dan begitu juga aku dan mulalah belaiu menceritakan kenangan semasa belaiu ditunjuk ajar dahulu oleh aku. Salah satu perkataan yang dikeluarkannya adalah,"masih saya ingat dahulu cikgu lock saya lumpuh setengah badan". aku hanya mampu tersenyum kerana ingatannya memang kuat sedangkan aku sendiri pun sudah lupa sebenarnya yang beliau pernah dikunci sampai lumpuh sebelah badan."Touch of the Dragon" itu bukan baru tetapi sudah lama aku kongsikan cuma ketika itu media elektronik yang ada tidak secanggih sekarang.Bila tersiarnya dalam youtube pelbagai perspektf terkeluar dari beberapa orang mendakwa merekalah yang mengajarnya, aku tersenyum sahaja kerana semua itu adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali. Teringat akan aku pada Taiping tempat aku menemukan dan menuntut kaedah pelajaran itu.Tapi bagi aku itulah Gayong yang tidak pernah terpinggir dari ceritanya.Beliau juga terkenang bagaimana menjalankan latihan yang keras dan hampir semua anak Gayong pada ketika itu boleh duduk dengan kakinya dikangkang seluasnya.Kenaangan yang amat segar didalam ingatan beliau.

Semenjak perhubungan itu hampir dua minggu lamanya beliau sering menghubungi aku dan menyatakan hsarat untuk bertemu pula.Insyaallah , jika ada limpah kurnianya kita akan bertemu Faizal.Apa pun terima kasih atas ingatan dan doa selama ini.Sesungguhnya semangat Gayong yang ikhlas yang ada pada kamu itu telah menemukan kita semula.Berterima kasih kita pada tuhan semesta alam semoga kita diberkati.Amin.


Friday, November 1, 2013

It's An Honor



This is not the first time photo of Silat Seni Gayong published in Karate Bushido. As I remember in 1990 a photo of Silat Seni Gayong team was given an honor to be printed in the magazine. After exchanging email few times with Karate Bushido magazine finally the photo session took place. It was done at Kajyn Club, Paris. The session was scheduled at 17h30 on 30 October 2013. Motive of the session is to promote Silat Seni Gayong and the article will be published on the next coming magazine. It is all a hard work of my student, friend, brother and family, Anthony Pousset who has put all his effort to get the work materialized. Thank to him for his passion in Silat Seni Gayong.


Setting The Venue
I was there sharp at 17h00 and so does Anthony.When we reach there the photographer is busy preparing his equipment for the photo session. When everything is ready, while waiting for the editor to arrive we take a few shots of the photo. Anthony assist me on that occasion and we try our best to give an idea on photo what is Silat Seni Gayong.

Me and Anthony

Trial Shot

The photo session went smoothly and so does the interview. Many shots was taken on Silat Seni Gayong techniques and solo photo as well to choose for a better scene to be publish in the magazine. All this result are followed because of "Jelajah KHTC "  last April. Thank you for all the effort of making Silat Seni Gayong to be more known in Europe indirectly.

We hope with this event will make Silat Seni Gayong more strong in Europe and hoping that all the Gayong brothers and sisters  in Europe can work hand in hand for making Silat Seni Gayong a loving art.

Semoga kita diberkati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...