Thursday, July 5, 2012

Kupasan Pagar Rakit


Pagar Rakit mengikut istilahnya sesuatu benda yang rapat dan berjalur seperti dijalin ianya macam menjalin rakit atau pagar.Disebut pagar kerana susunannya agak sekata  dan kerana kerapatannya  dan tindanannya ia dikiaskan dengan rakit.Ada juga yang menyebut Pagar Raqib, kalau disini diambil ia dari salah satu nama Allah iaitu AlRaqib  yang bermaksud Maha Menguasai dan ada juga Raqib ini adalah satu nama kepada malaikat yang tugasnya mencatat amalan makhluk.Apa pun sebutannya yang mugkin kedengaran bunyinya sama walaupun ejaannya berbeza namun ia adalah petua geruh sebagai amalan kita.

Dimanakah letak Pagar Rakit pada tubuh kita? Pagar Rakit ini duduknya dikedua kening.Bagaimana Pagar Rakit ini dikatakan berfungsi pada kita? Petua geruhnya dapat dikenal pasti apabila kita melihat dengan kedua mata kita kearahnya.Jika kita dapat melihatnya maka pekerjaan kita pada masa tersebut akan mendapat keselamatan dan kemudahan dengan IZINNYA.


Sekadar Gambar Hiasan

Jika sebaliknya ,ia member isyarat kepada kita yang pelangkah kita pada masa tersebut tidak sesuai.Maka bermohonlah kita padaNYA untuk kebaikan kita dan mengubah masa pelangkah tersebut.Isyarat ini dapat dikenal pasti apabila kita memandang kening kita ianya tidak kelihatan. Kenapa ianya tidak kelihatan?Ini adalah kerana ia telah mengendur dan apabila ini berlaku kita tidak akan dapat melihatnya.

Kenapa kening diambik kira dalam geruh ini? Ini adalah kerana kening ini adalah pusat pemandangan.Jika pemandangan kita sudah tidak seperti sediakala dari sifat kita sebagai manusia normal maka ia adalah isyarat atau amaran pada kita jika kita mengetahui. Kening ini ibarat awan dan langit yang menjadi payong kepada yang berada dibawahnya.Secara kiasnya memagar ia supaya duduk dalam lingkungannya.

Gersik Di Pantai,Tunggul Rasulullah,Pagar Rakit,semuanya membawa kias Melayu yang tinggi menyatakan tentang petua alam.Unsur tanah penerapannya disitu, tanah dipersisiran, tanah yang keras,tanah yang lembut dan ringan dan pelbagai lagi.Apapun amalan petua ini akan dususuli dengan amalan kerohanian agar kemantapan pemahamannya supaya kebuktian petunjuk jelas nyata.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...