Kisah # 1
Kenangan bersama Dato Meor memang
tetap terpahat dalam ingatan. Alkisahnya semasa beliau sakit di HKL lalu saya melawat
beliau.Sampai sahaja di wad VIP yang beliau duduki lantas beliau pun menyapa ...”aaa..orang
Selangor...” itulah panggilan yang kerap dilafazkan buat saya bile berjumpa
dengan beliau.Saya pun berdiri menyandarkan diri didinding wad tersebut sambil
bertanyakan khabar beliau.Kedatangan saya bersama saudara segayong bernama
Zailan ditegur oleh Almarhum keatas kami katanya dalam senyuman..” dah! ada
girlfriend ya!..” kami pun saling berpandangan dan Zailan pun menganggukkan
kepala.
Semenjak lewat 80an beliau telah
beberapa kali dimasukan kewad atas menghadapi penyakit kencing manis.Pada suatu
ketika hendak dipotong kakinya kerana terlalu kronik tetapi beliau menolak dan
sanggup mati namun untuk kakinya dipotong tidak sekali.Semangatnya cukup kuat
dan kalau kita fikirkan ada juga benarnya kata beliau itu.Sebagai seorang
Mahaguru Silat Seni Gayong beliau tidak boleh berkeadaan cacat walau apapun
terjadi kerana ia adalah sebahagian dari perwatakan yang perlu dijaga.
Selalunya apa bila ada lawatan
beliau akan duduk tegak diatas katil sambil bercerita dan bertanyakan khabar.
Lantas katanya pada kami..”Omar Din ada datang nak melawat tapi Dato tak mahu
jumpa ..Dato gayongkan dia....terus dia balik..” sambung Arwah Cikgu Kalsom ..”dengar
ada orang jatuh diluar..”Masa kami datang melawat itu keluarganya ada
bersama,Arwah Datin Peridah, Arwah Cikgu Kalsom dan agak ramai juga didalam
bilik tersebut.Hampir dua jam kami disitu kami pun mohon diri untuk pulang.
Aku Yang Memegang Dagu , Bercermin Mata Saudara Khir Mendengar Pesanan Arwah Dato Meor Dalam Satu Majlis Penyampaian Sandang Di Balai Adat ,Air Kuning , Taiping Pada Tahun 80an |
Kisah # 2
Teringat pula saya cuba
menyergahnya semasa Kejohanan Silat Sedunia di Kuala Lumpur pada tahun 1987.Kejohanan
itu berlangsung di Stadium Negara. Pada malam itulah Arwah Dicky Dzulkarnaen
telah berkata sebelum beliau memulakan demonstrasi....”ada orang mengatakan
bahawa saya yang bertarung dengan Bruce Lee.Sebenarnya tidak , orangnya ada
disini pada malam ini..” Lantas Arwah Dicky Dzulkarnean pun menuju kepentas
utama dan terus bersalaman dan mencium tangan Arwah Dato Meor.Pengakuan secara
simbolik dengan bersalam selepas kenyataan secara psikologinya membuktkan yang
Arwah Dato Meorlah yang bertarung dengan Bruce lee.
Pada ketika itu saya berada lebih
kurang tiga baris kerusi dibelakang tempat Arwah Dato duduk.Setelah Silat Seni
Gayong melakukan demo pada malam tersebut, Arwah Dato pun mahu pulang , dalam
perjalanan kerusi sorongnya ditolak oleh Cikgu Sazali, lalu saya menyergahnya ,
dengan sepantas kilat Cikgu Sazali melompat kedepan cuba mempertahankan beliau.
Bla dilihatnya saya lantas kata Arwah Dato..”orang Selangor..”.Cikgu Sazali pun
tersenyum dan kami bersalaman.
Kisah # 3
Teringat pula kisah semasa di Taiping.Kami sampai unuk menginap
diasrama yang disediakan bagi sesiapa yang hendak mempelajari Silat Seni
Gayong.Asrama tersebut berhampiran dengan surau yang tinggi kedudukannya.Sampai
sahaja di sana selepas bersalaman Arwah telah menunjukan Seni Gayong dengan
hanya pegangan dua jari sahaja, telah menyebabkan saudara segayong saya
terduduk dan terkencing.Inilah seni saraf, lalu dijelaskanlah sedikit secara
pengenalan.Saudara segayong yang menerima tangkapan itu namanya Arwah Rosli
sehingga keakhir hayatnya rasa bisa itu kekal ditangannya.Seorang lagi adalah
Malik seorang guru sekolah yang saya pun tidak tahu dimana beliau berada
sekarang.
Tinggallah kami diasrama itu
mandi,tidor, sehingga sampai tempohnya kami pulang ke Selangor.Pada ketika itu
masih dalam ingatan saya Cikgu Sazali tidak berada di Taiping, beliau berada di
Kelantan kalau tidak silap saya.Menjadi memori ,songkok saya tertinggal
diasrama tersebut iaitu songkok hitam lipat yang telah sebati kekal tinggal di
Taiping menjadi tanda kenangan saya pernah bermastautin di Air Kuning Taiping
dalam mendalami hanya sedikit Silat Seni Gayong ini.Walaupun sedikit tapi
rasanya cukup banyak yang saya fahami. Buat kata beliau dalam amalan menteranya
yang diberikan pada kami:
Ku-jilat tuboh mu dari darah sabuku
Asal dari ayer susu ku
Manis ku
rasa bukan mangsa ku
Xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Harimau
Pelangi Chula Sakti nama Bapak-ku
Semoga dicururi rahmat keatas
rohnya dan roh zuriat-zuriat Gayong.Amin
aslmkm wbt, semasa hayatnya, pernah tak ada yang cuba bertanya "betul ke mahaguru dato' meor pernah bertarung dgn Bruce Lee?"
ReplyDeletekepada orgkapak..jawapannya ada....pada kejohanan silat sedunia 1987 Arwah Dicky zulkarnain telah membuat statement tentang ini secara terbuka...ada disiarkan dalam utusan malaysia tahun tersebut...
Delete