Makin lama makin terkeliru kita
dengan pelbagai andaian dan jawapan tersendiri akan hal adat persandangan malah semua yang bersangkutan dengan adat dan
ilmu dalam Silat Seni Gayong ini.Ia dilihat dan diterima dengan baik jika
ianya membina, tanpa meninggalkan atau mengenepi atau membuang terus apa yang
telah disusun yang telah dan mendapat pengesahan pengasasnya sendiri. Beliau
sedia maklum akan hal tersebut,persoalannya kita yang terlalu ramai menunjuk
tahu dalam hal yang kita tidak tahu. Tidak mengapa tidak tahu carilah untuk
tahu jangan tidak tahu tapi buat-buat tahu.
Pertabalan dan penganugerahan
sandang dalam Silat Seni Gayong selepas tiadanya Almarhum Dato Meor Abdul
Rahman siapakah pewaris yang layak menyampaikannya. Untuk menjadi pewaris
penyampaian ini kenalah dilihat beberapa kriteria yang penting :
1] Mempunyai
ilmu tentang adat istiadat penyampaian,pertabalan sandang kebesaran Silat Seni
Gayong ini. Mungkin kita akan bertanya apakah ilmunya itu? Silat Seni Gayong
ini bersendikan adat dan meletakkan islam sebagai keutamaannya yang tidak
berubah. Pelaksanaan ilmu semasa menjalankan majlis ini perlulah diketahui adat
tertibnya sebelum , semasa dan selepas. Persediaan sebelum majlis bagaimana,
dalam erti kata susun aturnya, peralatannya dan lain-lain.Jika dikatakan adat
Gayong ini adat istana Raja-raja maka perlu ada semua ini. Semasa
pelaksanaannya pula bagamana adat dan adapnya, bagaimana doa dan lafaznya,
bagaimana penerimaannya dan lain-lain. Pengakhirannya selepas penerimaannya,
diketahui atau tidak tugas dan fungsinya, bagaimana mahu menjaga adap dan
tertibnya dan lain-lain.
2] Penyampai
mestilah menerima mandat dan diijazahkan akan ilmu dan segala kaedah pertabalan
sandang ini.Cara ini akan menurunkan sanad pengijazahannya kepada yang
berkelayakan dengan ilmu yang dituntutnya dalam Silat Seni Gayong ini.
Pengijazahan ini adalah satu pengiktirafan dari yang mempunyai kuasa dan
ilmunya tentang hal adat istiadat penyandangan ini. Sebagai contoh pengijazahan
Almarhum Dato Meor kepada anak-anak Gayong yang taat setia untuk menjalankan
perkara ini seperti Cikgu Kalsom dan lain-lain.
3] Ilmu
yang dimiliki ini mestilah ilmu yang dituntut bukan ilmu yang diikut-ikutan.
Banyak sudah yang terjadi mengambil kira
penyampaian pertabalan sandang ini satu kerja yang mudah sekadar menyandang dan
meletakkan keris dibahu.Bukan sahaja dalam hal penyandangan dan hal lain juga berlaku pelangaraan adat
istiadat Silat Seni Gayong ini sebagai contoh dalam hal perlimau dan
lain-lain.Jika kita tiada pengijazahannya maka tidak perlulah kita mahu
berlakon yang kita tahu cukuplah sekadar kita menjadi penyokong dan bersama
berkerjasama dalam pengendaliannya dan sesama kita mencari keberkahannya.
Itulah ciri-ciri penting perlu
diambil kira.Ilmu perlu diteruskan dan bukan hilang dalam perjalanan.Ilmu yang
diteruskan ini mesti dan wajib mempunyai jalinannya yang benar akan ilmunya
itu.Jadi bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kriteria dan tanggungjawab
sedemikan maka jalankanlah tugas dengan jujur dan ikhlas suapaya kita bersama
mendapat berkatnya.Dato Meor Abdul Rahman sudah meninggalkan kita, yang tinggal
dengan kita berkatnya sebagai guru.Janganlah kita cemari institusi yang telah
dibina ini, marilah kita bersama memartabatkannya mengikut perjalanan tuntutan
keilmuan yang benar.Memang pahit untuk mengaku akan kelemahan diri dan
kekurangan tapi itulah sebahagian nikmat yang kita tidak mahu rasainya.
Semoga dengan pencerahan ini
dapat membuka minda anak-anak Gayong dan bersama memertabatkan Gayong ini agar
saling berpadu menuju hajat yang dituju dengan penuh keberkatan.
Semoa kita semua diberkati.
Begitulah seeloknya penberian sandang. Bukan pakai main bg aja tanpa fungsi.
ReplyDeleteBenar bagai dikata alhamdulilah
ReplyDeleteBenar bagai dikata alhamdulilah
ReplyDeleteassalamualaikum, minta acc facebook tuan. saya nak maklum sesuatu
ReplyDeletesaya ada guna logo gayong ni, minta halal ya tuan
ReplyDelete