Saturday, April 2, 2016

Fahamkah Kita



Bila kita memerhatikan seni beladiri lain selain sebahagian persilatan kita dapati penumpuan lebih kepada kepantasan tangan dalam mengawal serangan dan membuat serangan. Itulah bentuk latihan yang mereka tumpukan agar tindak balas tersebut menjadi cepat bagi apa jua keadaan pembelaan diri.

Konsep Silat Seni Gayong berbeza dalam konteks sedemikian.Silat Seni Gayong menumpukan kepada pergerakan kaki, kepantasan gerakan mengalihkan tapak dalam setiap situasi dan secara langsung penggunaan tangan dilakukan bagi mendapatkan serangan balas seiringan. Kita memang dibimbing kepada kaedah ini tetapi adakah kita dpat melakukan sebaik mungkin akan kaedahnya? Untuk itu pemahaman terhadap Tapak Gayong adalah sangat penting agar apa yang kita laksanakan menepati konsep pengajaran Silat Seni Gayong.

Baik! mari kita menyelami dahulu apa yang dimaksudkan dengan makna tapak.Tapak ialah asas kepada sesuatu langkah tindakan atau perbuatan yang akan kita lakukan seterusnya. Sesuatu yang bertindak ia dikenali sebagai langkah tetapi dalam persediaan melangkah inilah ia disebutkan sebagai tapak.

Gambar Hiasan

Jadi manakah Tapak Gayong yang ada dalam sistem pelajaran Silat Seni Gayong ini? Tapak Gayong ini terlihat pada kaedah menapak ,bekas tapak kaki yang berada dalam bilangan 1,3 dan 5.Dimanakah terletaknya tapak-tapak ini? Tapak-tapak ini terletak pada awal gerakan permulaan dan penantian dalam pelajaran Silat Seni Gayong.Kaedah Tapak Gayong ini sudah menyiap sediakan anak-anak Gayong dengan kaedah pembelaan diri baik dari segi kekuatannya ,keseimbangannya ,jaraknya ,ketepatannya dan  ketangkasannya.

Gambar Hiasan
Sekali dilihat seolah-olah Tapak Gayong ini kepelbagaian tetapi jika dilihat buat kali yang kedua akan didapati asas tapak itu tetap disitu tidak berubah.Yang menyebabkan kelihatan berubah kerana lenggok badan dan langkah perbuatan atas tindakan yang kita lakukan.Walaupun sedemikian pengekalan kepada Tapak Gayong itu tetap menyerlah dalam setiap tindakan melangkahnya maupun duduk dalam diamnya.Jika berlaku sebarang kesilapan yang amat kecil dalam Tapak Gayong ini, penghasilan pada melangkah atau tindakan keseterusnya adalah amat ketara yang memungkinkan tidak akan berlakunya ketepatan atas sesuatu perbuatan . Penguasaan Tapak Gayong ini membolehkan anak-anak Gayong menyiapkan diri dengan apa jua belaan samada tangan kosong ataupun dengan penggunaan senjata.

Latihan kekemasan Tapak Gayong ini kekal dalam keadaan asasnya sehingga benar-benar mahir bagi membolehkan kaedah bermain dalam pelbagai bentuk persenjataan. Pembawaan kemahiran Tapak Gayong ini mempermudahkan anak-anak Gayong dalam memahami kaedah yang seterusnya yang disebut sebagi SENI GAYONG, yang akan dikongsikan dalam penulisan yang akan datang. Tapak Gayong ini berada dalam semua keadaan kedudukan samada kehadapan,kebelakang,kekanan dan kekiri. Lebih mudah dikatakan dalam konteks 8 arah mata angin.

Melangkahnya kita kemana arah pun, apabila bekas menapak itu terletak ternyatalah Tapak Gayong tersebut dalam kaedah bilangannya. Pengusaan kaedah bilangan inilah yang akan mengenalpastikan anak-anak Gayong itu telah benar-benar menguasai yang dikatakan Tapak Gayong itu.

Semoga kita semua diberkati.




2 comments:

  1. Tq cgu ats perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...