Wednesday, December 7, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti


"Naga Bora" Pak Hussein Kaslan dan "Kumbang Hitam"

Cikgu Hussein Kaslan diberi amanah mengendalikan  Silat Seni Gayong di Singapura. Salah seorang yang menerima tunjuk ajar dari Almarhum Dato Meor Abdul Rahman pada ketika itu. Mengabdikan dirinya sehingga sedutan akhir nafasnya mengembang dan berbakti kepada Silat Seni Gayong. 

Pengasas kepada Silat Seni Gayong Pasak. Pasak dalam makna panjangnya ‘Perkumpulan Anak-Anak Sandiwara Angkatan Kesenian’yang pada ketika iu menjadi nadi pengeraknya adalah Hussein Kaslan,Samuri Ibrahim, Qamari Melan, Arif Zahari, Yahya Bujang dan Zainol Yusof.

Cikgu Hussein Kaslan  Silat Seni Gayong Pasak

Beliau menceburi Silat Seni Gayong dalam tahun 1950an dan merupakan pakar permainan pisau. Menerima Bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti Tingkatan Satu dalam tahun 1970an setelah mengikuti kursus di Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong di Taiping.

Tanggal 6 Disember 2011 bersamaan 10 Muharam 1433,Cikgu Hussein Kaslan telah meghembuskan nafasnya terakhir pada usia 90 tahun meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam mengembangkan Silat Seni Gayong di Singapura.Perjuangan selama lebih 50 tahun mengekalkan tradisi berGayong ini.  Melahirkan generasi Silat Seni Gayong Pasak yang menyerlah dan mengekalkan adat, gurulatih sebagaimana yang dituntut oleh beliau. 

Perjuangan beliau diteruskan oleh anak beliau Cikgu Abdul Rahim Hussein sebagai penerus perjuangan yang tidak ada kesudahannya. “Patah Tumbuh Hilang Berganti”. 

AlFatihah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...