Wednesday, October 9, 2013

Mula Bertunas



Jelajah KHTC pada April 2013 telah meninggalkan sumbangan yang amat tinggi buat Silat Seni Gayong di Perancis.Hasil dari penjelajahan tersebut telah mula dapat dilihat bagi sessi latihan 2013-2014.Pengorbanan wang ringgit,masa,titik peluh yang dilaksanakan anak-anak Gayong telah mula bertunas di Bretagne. Iaitu sebuah pendalaman kecil di barat Perancis yang dikenali sebagai Ploulec'h.

Saya berkesempatan berlatih bersama anak-anak Gayong Bretagne pada sessi latihan yang kedua.Amat tinggi sekali semangat mereka untuk mengetahui akan Silat Seni Gayong ini. Ia adalah permulaan yang baik bagi Gayong Bretagne untuk sessi latihan penggal ini kerana sambutan yang tidak dijangka.Walaupun hanya dengan 10 warga di daerah itu yang ingin mencuba dan mengambil rasa akan Silat Seni Gayong ini.Pada saya cukup baik kerana disini adalah amat sukar sekali untuk menarik pelatih yang ramai dan bilangan yang ada ini cukup mengembirakan kami anak-anak Gayong disini.

Anak-Anak Gayong Ploulec'h,Bretagne
Latihan yang bermula jam 8 malam dan diakhiri jam 10 malam amat mengujakan.Mereka ini telah dikenalkan dengan Senaman Bunga Tanjong dan dijelaskan aspek gerakan tersebut dari segi pertahanan,latihan badan dan sebagainya.Turut disentuh juga Senaman Anak Harimau yang pertama, bagaimana penyediaan pegangan penumbuk ,kaedah badan,kaedah tumbukan dan sebagainya.Masa latihan selama 2 jam tersebut dirasakan tidak mencukupi.Walaupun begitu semua pulang dengan gembira dan senang hati dengan latihan tersebut.

Anak-anak Gayong ini telah dimaklumkan juga untuk memiliki set pakaian Silat Seni Gayong dan diberi tempoh 3 bulan sekurangnya untuk mereka memilikinya.Setakat semalam 4 orang telah membuat tempahan baju latihan Gayong.

Latihan Gayong dimulai seperti biasa dengan pembukaan dan penutupan gelanggang  dan amat kagum saya kerana mereka boleh mengikutinya.Walupun hanya diarahkan supaya duduk dalam keadaan tenang sambil bernafas dalam keadaan tenang sementara saya dan Cikgu Daud melengkapkan keseluruhan adab tertib sebelum latihan Silat Seni Gayong.

Tahniah kepada Gayong Bretagne yang dibawah penyeliaan Cikgu Daud dan kita mohonkan agar ianya bertambah berkembang. Hidup Silat Seni Gayong.

Semoga kita semua diberkati.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...