Jarang sekali perbincangan
tentang pelajaran ini diketengahkan. Mungkin kita terlupa barangkali atau seni
permainan ini tidak terkenal sebagaimana permainan lain. Seni Pedang, satu nama
yang apabila disebut barulah terlintas secara automatiknya.Telah dinyatakan
oleh Arwah Guru tentang permainan ini. Dimanakah disoroknya kaedah permainan
ini?Untuk mengetahuinya perlulah dicari guru-guru yang masih menyimpan
rahsianya dan tuntutlah dengan beradab. Kekadang kebanyakan kita memang keliru
dengan permainan yang ada dalam Silat Seni Gayong ini,kerana mungkin fahaman
kita tidak mendalam.
Gambar Hiasan |
Seni Pedang kembaran Belantan ...
diukur mari dihujung sendi keasal
jadinya.
Gerak gayanya laksana kilauan
bergemerlapan berkelipan, bercahaya pabila didesir hayunannya.
Kelek tangannya bertatahkan langit dan bumi
menari berkerincing lagak desingannya sesisir piring.
Indah tari parinya,indah tari ekor
buayanya,indah tari ekor naganya, berdesing kedengaran dipeti telinga,
sejuk tubuh akan anginnya.
Tersentuh tubuh batallah
wuduknya,
terburailah persalinannya,
tanpa tercalar sedikit pun
kulitnya.
Tinggi sungguh seni selokanya ,terkedu bibir
,terbeliak mata kagum akan kilatannya.
Sungguh kaya khazanah Gayong ini,
milik Melayu misteri bangsa,penuh dengan rahsia,akhlak sopan santunnya.Pakaian
hulubalang pembela bangsanya.
Semoga kita diberkati.
No comments:
Post a Comment