Monday, June 25, 2012

Pesanan..Pesanan..Pesanan


“Wan.. ingat..., apa pun berlaku jangan tinggalkan Gayong.....walaupun tinggal sorang”, ucapan Arwah Cikgu Kalsom pada aku. Mengambil dari amanah yang disampaikan oleh beliau apa pun kemelut dalaman Gayong, aku pasti akan kekal dan berjuang bersamanya.Apabila teringat kata-kata ini terkenang pula ucapan yang disampaikan oleh Almarhum Dato Meor Abdul Rahman sekitar tahun akhir 80 an, “anak.. ingat... musuh adalah dikalangan kamu sendiri...orang luar tak berani gugat Gayong ini.”

Almarhum Dato Meor Abdul Rahman

Pesanan-pesanan ini bermain dalam fikiran ku! Apakah sebenarnya yang hendak disampaikan. Setelah sekian lama berjuang dalam Gayong ini dan pernah menjadi AJK kebangsaan PSSGM beberapa tahun barulah aku digegarkan dengan apa maksudnya walaupun sebelum ini aku hanya menghindarkan apa yang berlaku disekeliling keluarga Gayong ini.

“Apa pun yang berlaku sekali sudah melangkah, melangkah terus, jangan undur”, kata-kata pengamal Gayong yang mula-mula sekali di Kuala Lumpur dan Selangor yang namanya terpaksa aku rahsiakan. Beliaulah yang menjemput Almarhum Dato Meor dari Singapura untuk mengenal dan mengembangkan Gayong di Kuala Lumpur dan Selangor pada ketika akhir 50an.

Arwah Cikgu Siti Kalsom

Mengambil pesanan dan semangat dari kata-kata mereka ini, Gayong harus diteruskan walau apa pun melanda. Pesanan lain juga bermain dalam fikiran ku!, “ satu masa Gayong ini akan porak peranda”, kata-kata yang disampaikan oleh Almarhum Dato Meor, “ sehingga satu ketika akan datang zuriat Gayong menuntut akan Gayong ini barulah ia akan bercantum”, sambung kata Almarhum pada kami.

Pesanan ini juga aku dengar dari Arwah Pak Rashid iaitu anak murid yang dikira kanan pada Almarhum Meor Aziz semasa aku berjumpa dengannya disuatu majlis pernikahan anak saudaranya suatu ketika dahulu. Katanya Arwah Meor Aziz pernah berpesan padanya sebagaimana pesanan Almarhum Dato Meor pada ku.

Arwah Cikgu Pak Rashid

Terlalu banyak pesanan yang disampaikan dan semua pesanan ini membawa erti dan sejarah yang berlaku dalam keluarga Gayong ini. Dimanakah persaudaraan kita?Apakah falsafah yang dikatakan sebagai contoh cubit paha kanan paha kiri terasa,sedarah, sedaging, sekendi .....sudah tidak releven lagi atau hanya kita yang tidak faham akan apa yang dikatakan GAYONG itu.

Berlegar-legar memahami situasi sekarang dan teringat pula pesanan oleh Almarhum tentang hasad dengki, kuasa , tamak ahmak yang disertai dengan pantun keramatnya itu. Mungkin kita sekadar membaca tetapi kita mungkin tidak faham maksudnya atau mungkin kita dilupakan atau mungkin kita hanya berkata dengan gahnya! Tapi hanyalah sebagai kata-kata seolah ucapan politik.

Apapun setiap insan punyai pandangan yang berbeza dan untuk menyatukan pandangan ini adalah amat sukar jika kita masih diselubungi kekaburan dalam diri kita. Yang penting saling bantu membantu agar matlamat yang dihajati dapat dicapai. Tapi dalam proses ini akan terjadi kekadang kita bersikap negative kerana mungkin kita takut pada diri kita sendiri kerana kita tidak memahami Gayong ini walaupun kita katakan yang kita amat mengetahuinya. Bukan senang untuk menjadi si arifbillah tapi amat senang unuk menjadi pengamal, keduanya adalah amat banyak perbezaannya.

Apa pun pesanan yang disampaikan oleh mereka-mereka ini adalah perkara yang perlu kita fikirkan secara mendalam terutama pada DIRI AKU sendiri kerana banyak rahsia yang tersurat dan tersirat supaya menjadi teladan pada kita yang berjuang atas nama Gayong.

Semoga aku diberkati serta saudara ku! dalam Gayong juga diberkati.AMIN


3 comments:

  1. Terima kasih kerana mempamirkan gambar arwah Cikgu Rashid. Gelanggang kami belajar di Perai dulu adalah kuater KTM. Saya belajar dengan arwah dalam tahun awal 70 han. Semasa saya tinggal di KL dari tahun 1977 sehingga tahun 1996 saya masih bertemu dengan arwah. Selepas saya berpindah ke SPU telah hilang hubungan dan sedih kerana tak sempat bertemu dengan arwah lagi. Dari arwah kami dapat bertemu dan belajar dengan arwah Pak Man Pendekar di Air Kuning. Banyak nostalgia. Salam. Pak Wan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Baru saya ingat. Gambar ini adalah sedutan daripada artikel dalam majalah Pendekar. Saya membawa saudara Jamaludin daripada Majalah Pendekar menemubual arwah dirumahnya Pantai Dalam K.L. Ketika itu pucuk pimpimam Seni Gayong bergolak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...