Friday, March 25, 2016

Apa Bezanya Teknik Kita Dengan Mereka



Salam sejahtera kepada semua pembaca, terlalu lama tidak bersayembara penulisan.Buat kali ini ingin saya berkongsikan akan sedikit maklumat tentang persamaan tetapi tidak serupa dalam kaedah beladiri yang berlegar dalam masyarakat dunia, khususnya perbincangan akan berlegar dalam ruangan Silat Seni Gayong itu sendiri.

Teringat kisah Laksamana Hang Tuah semasa hayatnya berkelana menjalankan  tugasannya diperantauan. Hasil dari penemuan ini tidak eloklah kita terlalu merasakan bahawa apa yang kita ada yang terbaik.Malah telah ditunjuk ajarkan bahawa hendaklah kita sentiasa berada dalam keadaan yang merendah diri.Itulah ajaran dan panduan diri persilatan nusantara yang tidak mengenal apa aliran sekalipun mahupun pada beladiri lain yang berada dinegara lain.

Cuma dikalangan moyang-moyang kita mungkin ada yang mendokumentasikan semua ini dan mungkin tidak.Berkemungkinan dokumentasi yang dinukilkan moyang-moyang kita telah menjadi bahan rujukan para orang barat yang menjajah pada suatu ketika dahulu sehingga tidak meninggalkan jejak bagi kita.Berkemungkinan juga penulisan-penulisan ini berada diserata perpustakaan yang dijaga rapi oleh mereka dinegara-negara mereka. Ia juga menunjukkan bahawa kita ini manusia adalah selemah-lemahnya makhluk dan pandangan dan kaedah apa jua seakan-akan sama sahaja diantara bangsa dimukabumi ini.Perbezannya adalah ketauhidan dan ketakwaan pada yang Maha Esa yang tidak ada sebarang persamaan padanya.

Apabila melihatkan kepada ini teringat akan kata-kata Almarhum Dato Meor,"Gayong ini bersertakan dengan ayat-ayat Quran". Inilah yang membezakan kita beladiri dinusantara ini kebanyakannya dengan beladiri asing.Bezanya dari segi pegangan keagamaan ,walaupun mereka juga berpegang kepada agama mereka tetapi agama kebanyakan aliran persilatan berpegang kepada Islam, agama yang  telah disempurnakan.

Mengambil kira dalam membela diri kelihatan perbuatannya sama tetapi tidak serupa.Ini mudah kelihatan dalam teknik-teknik pembelaan yang kita lakukan.Disini saya berkongsi satu teknik yang hampir persamaannya dengan teknik yang terdapat dalam Silat Seni Gayong.Perhatikan gambar dibawah dengan penuh tumpuan:

Ilustrasi teknik kuncian yang terdapat dalam manuskrip lama beladiri Eropah


Kelihatan dari gambar tersebut teknik yang dilakukan seolah kelihatan "buah kedua" atau disebut "Kilas Payong". Bagaimana kita mahu membezakan antara keduanya,sedangkan ia memang jelas kelihatan seperti apa yang kita praktikkan.Apabila terjadinya begini teringat pula akan apa yang ada dalam Silat Seni Gayong.Apa yang kita lihat dari photo tersebut bolehlah kita sebutkan sebagai silat sahaja dan tidak ada seninya.Disitu sudah ada perbezaannya,tetapi berapa ramai dari kitakah yang betul-betul memahami dan dapat melakukan kaedah seni ini.Dalam kaedah silat tidak dapat dinafikan memang terlalu ramai sampai melimpah ruah tetapi seni..? Itulah kaedah yang kita kena cari , yang kita kena susur,yang kita kena arkedkan tetapi masih belum dan tanpa  memecahkan dan menzahirkan rahsianya.

Bersamalah kita berfikir sejenak dan keluarlah kita seketika dari kepompong dan marilah kita mengekalkan dan tidak henti-henti mengali khazanah Gayong ini bagi mendapatkan perbezaan dari beladiri yang berlegar didunia ini.Mudah-mudahan apa yang kita cari akan diberkati dan untuk mendapatkan berkatnya itu pula adalah sebahagian perkara yang amat penting sebagaimana amanat yang telah jelas dan nyata dinukilkan oleh Alamarhum Mahaguru kita.Bersama kita menuju kearah tersebut.

Semoga kita semua diberkati.





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...