Salam sejahtera kepada semua
pembaca, terlalu lama tidak bersayembara penulisan.Buat kali ini ingin saya
berkongsikan akan sedikit maklumat tentang persamaan tetapi tidak serupa dalam
kaedah beladiri yang berlegar dalam masyarakat dunia, khususnya perbincangan
akan berlegar dalam ruangan Silat Seni Gayong itu sendiri.
Teringat kisah Laksamana Hang
Tuah semasa hayatnya berkelana menjalankan tugasannya diperantauan. Hasil dari penemuan
ini tidak eloklah kita terlalu merasakan bahawa apa yang kita ada yang
terbaik.Malah telah ditunjuk ajarkan bahawa hendaklah kita sentiasa berada
dalam keadaan yang merendah diri.Itulah ajaran dan panduan diri persilatan
nusantara yang tidak mengenal apa aliran sekalipun mahupun pada beladiri lain
yang berada dinegara lain.
Cuma dikalangan moyang-moyang
kita mungkin ada yang mendokumentasikan semua ini dan mungkin
tidak.Berkemungkinan dokumentasi yang dinukilkan moyang-moyang kita telah
menjadi bahan rujukan para orang barat yang menjajah pada suatu ketika dahulu
sehingga tidak meninggalkan jejak bagi kita.Berkemungkinan juga penulisan-penulisan
ini berada diserata perpustakaan yang dijaga rapi oleh mereka dinegara-negara
mereka. Ia juga menunjukkan bahawa kita ini manusia adalah selemah-lemahnya
makhluk dan pandangan dan kaedah apa jua seakan-akan sama sahaja diantara
bangsa dimukabumi ini.Perbezannya adalah ketauhidan dan ketakwaan pada yang
Maha Esa yang tidak ada sebarang persamaan padanya.
Apabila melihatkan kepada ini
teringat akan kata-kata Almarhum Dato Meor,"Gayong ini bersertakan dengan
ayat-ayat Quran". Inilah yang membezakan kita beladiri dinusantara ini
kebanyakannya dengan beladiri asing.Bezanya dari segi pegangan keagamaan
,walaupun mereka juga berpegang kepada agama mereka tetapi agama kebanyakan
aliran persilatan berpegang kepada Islam, agama yang telah disempurnakan.
Mengambil kira dalam membela diri
kelihatan perbuatannya sama tetapi tidak serupa.Ini mudah kelihatan dalam
teknik-teknik pembelaan yang kita lakukan.Disini saya berkongsi satu teknik
yang hampir persamaannya dengan teknik yang terdapat dalam Silat Seni
Gayong.Perhatikan gambar dibawah dengan penuh tumpuan:
Ilustrasi teknik kuncian yang terdapat dalam manuskrip lama beladiri Eropah |
Kelihatan dari gambar tersebut
teknik yang dilakukan seolah kelihatan "buah kedua" atau disebut
"Kilas Payong". Bagaimana kita mahu membezakan antara
keduanya,sedangkan ia memang jelas kelihatan seperti apa yang kita praktikkan.Apabila
terjadinya begini teringat pula akan apa yang ada dalam Silat Seni Gayong.Apa
yang kita lihat dari photo tersebut bolehlah kita sebutkan sebagai silat sahaja
dan tidak ada seninya.Disitu sudah ada perbezaannya,tetapi berapa ramai
dari kitakah yang betul-betul memahami dan dapat melakukan kaedah seni
ini.Dalam kaedah silat tidak dapat dinafikan memang terlalu ramai sampai
melimpah ruah tetapi seni..? Itulah kaedah yang kita kena cari , yang kita kena
susur,yang kita kena arkedkan tetapi masih belum dan tanpa memecahkan dan menzahirkan rahsianya.
Bersamalah kita berfikir sejenak
dan keluarlah kita seketika dari kepompong dan marilah kita mengekalkan dan tidak
henti-henti mengali khazanah Gayong ini bagi mendapatkan perbezaan dari
beladiri yang berlegar didunia ini.Mudah-mudahan apa yang kita cari akan
diberkati dan untuk mendapatkan berkatnya itu pula adalah sebahagian perkara
yang amat penting sebagaimana amanat yang telah jelas dan nyata dinukilkan oleh
Alamarhum Mahaguru kita.Bersama kita menuju kearah tersebut.
Semoga kita semua diberkati.
ReplyDeleteشركة كشف تسربات المياه ببقيق
شركة مكافحة حشرات بصفوى