Tuesday, September 24, 2013

Isim Embun



Sekadar berkongsi pengalaman dan cerita,seingatan penulis belum pernah dinukilkan penulisan tentang ilmu amalan hikmah Gayong, mungkin ada pada penulisan terdahulu atau hanya sekadar pengenalan sahaja.Terlalu banyak akan ilmu hikmah Gayong ini.Untuk kali ini digerakkan penulis untuk berkongsi akan sekelumit ilmu ini.Dikisahkan oleh guru akan ilmu hikmah Gayong ini,katanya ," jika dalam peperangan, mengalami luka yang amat parah diibaratkan seumpama nyawa ikan,dibaca isim embun ini, disapukan pada seluruh tubuh, bangkitlah ia ,segar kembali asal, pergi berperang". Begitu hebat kefahaman tauhid dalam ilmu Gayong ini.Bagaimanakah amalannya dilakukan? Sudah tentu ada tertib dan kaedahnya, seperti juga amalan-amalan yang lain. Diamalkan menurut adab dan tertib berguru sehingga mujarab pada diri.Insyaallah.

Gambar Hiasan
Jika mengalami keadaan luka parah yang sedemikian kata guru diembunkan kita ditempat yang sesuai dengan masa yang sesuai dengan diiringi amalan hikmah Gayong  tertentu.Dan berpantang maut sebelum ajalnya pada ketika itu, segala luka parahnya akan pulang pulih seperti sediakala dan bolehlah kita kembali berperang.Pada mula mendengarkan penerangan guru berkenaannya penulis terdiam,berlegar didalam minda akan kehebatan hulubalang Gayong dahulukala.Dalam masa yang sama teringat pula kisah Hulubalang Mat Kilau bermandi embun.Terlalu banyak terlintas dalam pemikiran sehinggakan muncul dalam minda akan sebahagian air yang lagi suci menyucikan.

Apa signifikasinya embun disini?Secara ikhtiarnya embun itu tadi,secara doanya amalan yang tertentu dengan berkat guru dan secara rukyah penyembuhannya adalah milik Tuhan Semesta Alam yang Maha Penyembuh.

Ilmu hikmah Gayong isim embun ini adalah sebahagian khazanah perbendaharaan Silat Seni Gayong.Jika ada limpah kurnianya marilah kita menyambung akan khazanah ini agar tidak hilang supaya berkatnya dapat diteruskan. Terlalu banyak sudah hilang bersama yang arif tentang hikmah Gayong ini,ibarat kita anak Gayong sudah hilang satu persatu pakaian Gayongnya.Akhirkata semoga kita semua diberkati dalam melayari Gayong ini.Amin.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...