Macam- macam ada ? Teringat ..itulah ungkapan dari satu iklan dalam TV Astro. Begitulah juga dalam Silat Seni Gayong... kita sebagai yang menjadi pemimpin ini memang menjadi perhatian setiap orang, kira macam artis gak lah! Setiap langkah kita itu mendapat atau memberi info penilaian samada negatif atau positif.
Kekadang tindakan kita itu yang disalah ertikan oleh pemerhati. Mula lah semua nak dikautnya, hal peribadi terutamanya akan menjadi gossip paling hangat. Emmm..saya tak faham kenapa begini?? Mulalah dijadikan isu sebagai senjata untuk menjatuhkan ... lebih kurang macam parti politik.
Sepatutnya kita lebih rasional dalam berfikir dan menilai dan kalau pun kita tidak boleh berbuat sedemikian apa salahnya jadikan diri kita ini “thinking more positively”.
Mungkin itulah lumrah manusia, walau segunung kebaikan yang dilakukan tapi kerana setitik yang mereka bersalahan maka jatuhlah hukum maka keluarlah isu itu dan ini. Hilang segala timbangan hasanah yang pernah dilakukannya.
Kenapa kita tidak boleh berfikiran positif? Kenapa mesti ada hasad dengki? Kenapa mesti ada khianat? Kenapa mesti ada dendam? Kenapa ..kenapa dan kenapa sentiasa akan bermain dalam minda.
Apabila terlalu berlanjutan ia akan jadi sengketa..mulalah tidak berkenan dengan itu dan ini. Berlarutanlah sampai masa yang kita tidak akan dapat jangkakan. Mulalah merasa tidak selesa diatas segala yang dilakukan atau dilhat. Mungkin ini sudah menjadi lumrah alam ini.
Entah... tidak tahu apa yang nak diperkatakan tentang ini..samada lumrahkah ? atau kita yang tidak menggunakan akal yang dikurniakan dengan sebaiknya.
Ga..Alif..Wau..Ya..Nga..itulah ungkapan Gayong yang membawa pengertian genggam ..angkat..yakin ..waras...ngeri. Tapi ! tanya diri kita sendiri dimana rasionalnya ungkapan ini jika waras disitu kita tidak dapat jalankan sebagaimana yang difahami. Mungkin kita sendiri silap memahami waras itu sendiri ..hanya kita yang tau!
Apa pun yang terjadi marilah kita semua menilai dengan sebaik-baiknya jangan kita silap membuat hukuman kerana terlajak perahu boleh undur tetapi kalau terkecewa hati dan perasaan ..itu yang akan hilang segalanya. Kita sayang semua dan marilah kita berkasih sayang semula agar Silat Seni Gayong yang kita cintai ini sentiasa dalam ceria perjuangan.
Bersatu..Bersatu..Bersatu
Terbaik!
ReplyDeleteSalam Cg. Wan.
ReplyDeleteApa habaq? Lama x dengaq berita pasai Cg. Kat bloq pun dah jarang2 menulis. Apapun saya senantiasa doakan yg terbaik untuk Cg.
Ikhlas,
Hazil KSSG
wasalam Hazil..ari tu cuti menulis hehe..skrg baru ula semula..terima kasih atas doa..sesama kita semoga kita diberkati
ReplyDelete