Baru-baru ini aku menerima email
dari penama yang tidak aku ingat.Nama nya Faizal Ismail, pada mula aku ingatkan
seorang murid Gayong dari Pahang yang juga mirip nama itu.Setelah berbalas
email baru aku disedarkan yang belaiu adalah murid aku yang telah kehilangan
jejak lebih dari 25 tahun.Dahulu aku ada juga mencarinya tetapi segala
usaha aku gagal, begitu juga dengan beliau.Aku hanya berkesempatan bertemu
dengan beberapa saudara seGayong dengannya semasa aku mengajar SIlat Seni Gayong dahulu di Sekolah Menengah
Datok Lokman,Kampong Pandan.Itu pun hanya untuk beberapa ketika sahaja,
Saharuddin, Aidil Fitri antara mereka yang pernah aku temui.
Sekolah itu terletak bersebelahan
Sekolah Menengah Aminuddin Baki dan disimpang jalan ke sekolah tersebut
terletak sebuah kuil Sikh dan sebuah gerai.Itu gambaran yang dapat aku ingat
hasil pertemuan aku dengan Faizal didalam medan maya.Alhamdulillah, Gayong ini
suatu masa kembali bertaut, begitulah pantun keramatnya dan inilah yang terjadi
diantara aku dengan murid aku ini.
Diminta aku menulis didalam entry
aku akan jejak kasihnya itu, yang ditemuinya melalui video youtube dan akhirnya
melalui blog ini dan setelah pasti beliau pun membuat perhubungan.Ternyata
usahanya itu dikabulkan tuhan.
Faizal duduk dikiri sekali |
Bila sudah dapat dihubungi betapa
gembiranya beliau dan begitu juga aku dan mulalah belaiu menceritakan kenangan
semasa belaiu ditunjuk ajar dahulu oleh aku. Salah satu perkataan yang dikeluarkannya
adalah,"masih saya ingat dahulu cikgu lock saya lumpuh setengah
badan". aku hanya mampu tersenyum kerana ingatannya memang kuat sedangkan
aku sendiri pun sudah lupa sebenarnya yang beliau pernah dikunci sampai lumpuh
sebelah badan."Touch of the Dragon" itu bukan baru tetapi sudah lama
aku kongsikan cuma ketika itu media elektronik yang ada tidak secanggih
sekarang.Bila tersiarnya dalam youtube pelbagai perspektf terkeluar dari
beberapa orang mendakwa merekalah yang mengajarnya, aku tersenyum sahaja kerana
semua itu adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali. Teringat akan aku pada Taiping tempat aku
menemukan dan menuntut kaedah pelajaran itu.Tapi bagi aku itulah Gayong yang tidak pernah
terpinggir dari ceritanya.Beliau juga terkenang bagaimana menjalankan latihan yang keras dan hampir semua anak Gayong pada ketika itu boleh duduk dengan kakinya dikangkang seluasnya.Kenaangan yang amat segar didalam ingatan beliau.
Semenjak perhubungan itu hampir
dua minggu lamanya beliau sering menghubungi aku dan menyatakan hsarat untuk
bertemu pula.Insyaallah , jika ada limpah kurnianya kita akan bertemu
Faizal.Apa pun terima kasih atas ingatan dan doa selama ini.Sesungguhnya
semangat Gayong yang ikhlas yang ada pada kamu itu telah menemukan kita semula.Berterima
kasih kita pada tuhan semesta alam semoga kita diberkati.Amin.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu Wan di atas segala ingatan dan tunjuk ajar, hubungan kembali bertaut setelah sekian lama terputus hubungan.
ReplyDelete