Silat
Seni Gayong telah disusun atur dengan baik dari semua segi adat,guru-guru dan
pentadbiran semasa zaman Almarhum Dato Meor Abdul Rahman.Jika diperlihatkan akan
susunannya ia memang sudah mantap dan rapi cuma tinggalan kepada kita untuk
melaksanakannya.Disini dikongsikan sistemnya sebagaimana yang diperolehi suatu
ketika dahulu di tanah bersejarah Silat Seni Gayong di Air Kuning,Taiping.
Sistem organisasi Silat Seni Gayong ini pada suatu ketika dahulu disusun
mengikut 3 bahagian.Bahagian pertama di peringkat pusat yang merangkumi
Mahaguru,Majlis Tertinggi Lembaga Beradat,Imam Khalifah Agong,Timbalan Imam
Khalifah Agong,Ketua Khalifah Pusat dan Waris Tertinggi Lembaga
Beradat.Bahagian kedua pula adalah peringkat negeri yang terdiri dari Badan
Lembaga Beradat Negeri,Imam Khalifah Negeri,Timbalan Imam Khalifah Negeri,Khalifah
Besar,Waris Beradat dan Ketua Beradat.Manakala bahagian yang ketiga adalah
diperingkat cawangan yang terdiri dari Ketua Kkhalifah ,Khalifah Muda dan Khalifah.
Susunan yang dinyatakan diatas adalah bertindak sebagai tunggak didalam organisasi
Silat Seni Gayong itu dan dipertanggungjawabkan keatas keseluruhan perjalanan Silat
Seni Gayong
Ditubuhkan
pula badan pengurusan diperingkat pusat yang terdiri dari Penasihat Agong Balai
Adat,Majlis Balai Adat,Pusat Latihan Tertinggi dan Majlis Tertinggi Gurulatih.Diikuti
dengan peringkat negeri yang terdiri dari Badan Guru-Guru,Ketua Gurulatih dan
Penolong Gurulatih. Manakala peringkat cawangan pula terdiri dari Gurulatih
sahaja.
Pengurniaan sandang kebesaran Silat Seni
Gayong adalah disusun berdasarkan badan tunggak yang memerintah Silat Seni
Gayong itu iaitu Lembaga Beradat Silat Seni Gayong Malaysia yang diterangkan
dalam perenggan pertama diatas.Oleh kerana itu mana-mana sandang yang diguna
pakai juga diamanahkan dan dipertanggungjawabkan keatas semua sub-sub badan
atau kita sebut sebagai jabatan yang ditubuhkan bagi memantapkan perjalanan
Silat Seni Gayong .
Disamping
itu diwujudkan juga Penasihat Khas,Majlis Ibu Gayong,Setiausaha Agong,Bendahari
Agong diperingakt pusat dan diikuti dengan Setiausaha Lembaga Beradat,Bendahari
Lembaga Beradat dan Badan Ibu Gayong diperingkat negeri .
Ia
turut diwujudkan juga badan Penasihat Agong,Majlis Penasihat,Penapis Amanah
diperingkat pusat. Manakala diperingkat negeri terdiri dari Penaung,Badan
Penasihat dan Penapis Amanah.
Diakhiri
dalam sisitem Lembaga Beradat Silat Seni Gayong ini dengan badan atau kita
gelarkan jabatan yang terdiri dari Penasihat dan Majlis Jawatankuasa Agong yang
dipertanggungjawabkan diperingkat pusat. Dituruti dengan peringkat negeri yang
dikenali sebagai Jawatankuasa Bahagian Negeri.Manakala diperingkat cawangan
terdiri dari Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Gelanggang.
Semoga
penjelasan yang sedikit ini dapat memantap dan mengemaskan lagi sistem
pengurusan didalam Silat Seni Gayong yang kita kasihi ini.
Semoga
kita diberkati.
No comments:
Post a Comment