Langkah diteruskan dengan panduan
dan petua yang ada.Menuruni lembah,gunung,bukit, satu persatu diaturi
langkahnya dilakukan dengan penuh hati-hati dan penuh tumpuan agar tidak ia
terlepas pandang akan tanda atau kelibat "se" itu. Tiba ia dikaki
kendi ia berhenti seketika merehatkan pernafasan yang semakin kencang.Hari
berganti hari, siang berganti malam duduk ia di pinggir kendi sambil menikmati
keenakan,kepuasan beradanya ia disitu.
Setiap peredaran waktu
dimanfaatkan dengan sebaiknya dan semoga dikurnia akan limpah kurnia nikmatnya
keatas dirinya.Pada suatu malam ia diziarahi hulubalang gunung yang menguasai
pertempatan tersebut.Hadir bersama permaisurinya Sikuntum Bunga yang berserta
pengawalnya.Timbul cuak disanubarinya tapi berkat petua dan tunjuk ajar gurunya
ia menjadi tenang setenang "wau".
Satu kenduri kendara diadakan
menyambut kehadiran tetamu tersebut.Majlis yang meriah dan gilang gemilang
penuh dengan qasidah memuji yang berkuasa atas segala sesuatu berkumandang
dialam yang ketika itu gelap hanya diterangi kecantikan sinaran rupawan cahaya
dari langit.Penat sudah ia melayani tetamunya itu sehinggakan setelah
kepulangan hadiran ia tertido keletihan.Hari mula cerah ia masih belum lagi
sedar.Matahari sudah tinggi,menerangi pintu kendi tempat ia menetap,akhirnya ia
tersedar disebabkan kepanasan matahari memamah tubuhnya.
Gambar Hiasan |
Pengalamannya semalam umpama
mimpi dalam mimpi.Tapi ia menjadi seronok dan teruja akan kedatangan tetamu
yang beliau sendiri tidak menjangkakan.Sungguh manis pertemuan itu,ia telah
membibitkan kasih sayang diantara kedua makhluk ciptaan tuhan itu.Mulalah ia
berangan agar dapat ditemukan kembali dengan mereka.Rindu mula menyerapi
tubuhnya,matanya mula bergenang dengan air lalu menitis membasahi
pipinya.Entah!kenapa pilu sungguh hatinya apabila ia terkenang akan rombongan
tersebut.Ia tidak dapat melupakan mereka, oleh kerana itu harapannya membuak
agar mereka hadir kembali menziarahinya.Jika ia hendak menziarahi mereka beliau
sendrii tidak tahu dimana.hanya harapan kasih sayangnya itu akan menjadi tangga
dan titian agar rombongan yang hadir semalam muncul.
Harapan mengunungnya tidak disiakan,
rombongan semalam muncul kembali.Peluang ini tidak akan dilepaskannya.Kali ini
ia menanam semangat untuk bersama mereka.Nasibnya amat baik bagaikan telah
tertulis akan penceritaannya.kalau sudah haqnya tidak kan kemana.Bersinar
matanya, ceria wajahnya,gembira lagaknya kerana dia diterima dalam keluarga
tersebut.Bukan menjadi sangkaannya ia akan berakhir begitu.Ia dipelawa untuk
bersama rombongan tersebut dan ianya akan sentiasa ditemani mereka. Keasyikan
telah mebuatkan ia hampir terlupa akan misteri "se" itu.sejenak ia
dilamun dengan keluarga barunya itu dan disedarkan ia kan tugasannya yang masih
belum selesai.
bersambung..............
Semoga kita diberkati.
No comments:
Post a Comment