Lain padang lain
belalang,begutulah pepatah Melayu yang bermaksud lain tempat lain caranya.Kalau
kita mengkaji budaya setempat atau bangsa mungkin peribahasa ini sesuai
diapplikasikan.Tetapi apabila bicara tentang adat dalam Silat Seni Gayong ianya
terpaksa diguna pakai peribahasa yang lain.Mungkin adat dikendong agama
dijunjung.
Sejak kebelakangan ini sering
kita keliru apa yang dikatakan adat dalam Silat Seni Gayong.Apa yang kita
ketahui, perlimau tapak dan seni, mandi minyak,khatam keris dan pelbagai lagi.Kekeliruan
berlaku dalam semua perlaksanaan dalam perlakuan adat ini jika dibandingkan
semasa ada pengasasnya.Persoalannya kenapa? Adakah kita sudah tidak arif atau kita
sudah lupa akan tuntutan yang kita terima dari beliau sendiri atau disebabkan
oleh gejala-gejala yang lain.Muda tidak semestinya tidak mengetahui dan tua
pula tidak mestinya tahu.Jadi pokok pangkalnya perbuatan dilakukan dalam
kesamaan muafakat mencari yang benar dalam perlaksanaan adatnya.
Bagi yang tahu berkongsi dan bagi
yang tidak tahu menjelajah kepelusuk tanahair mencari dan menuntut .Jangan kita
berpegang pada apa yang telah kita ditunjukan atau menjadi ikutan.Yang penting
tuntutan bukan ikutan.Apa yang terlihat kesemua perlaksanaan adat betul
dijalankan tidak ada salahnya tapi dari segi perlaksanan adat sebagaimana
tuntutan dari guru sudah banyak yang menyimpang atau lari dari landasan atau
garisan yang asal.Satu titik peryelesaian perlu dicari bagi meleraikan
permasalahan ini.Ada lagi guru yang masih berdiam dengan segala perlakuan
perlaksanan yang sepatutnya,cuma perlu dicari.
Terima kasih Google |
Perubahan adat ini telah berlegar
dalam baik apa segi perlaksanan pun. Dalam perlimau tapak dan seni ,mandi
minyak,khatam keris .pemasyhuran sandang dan sebagainya.
Perlaksanannya sudah tidak
seperti dahulu lagi, banyak yang tertinggal dan tidak dijaga adabnya.Satu perkara
yang perlu kita amati untuk generasi
perjuangan baru agar ianya tidak luput ditelan zaman.Kalau dalam pengkhataman
keris mahupun lembing perlu ada senarai peralatannya yang perlu disediakan dan
kenapa ia sebegitu? Jika ini tidak dijaga dan diawasi serapinya maka pincanglah
sedikit perlaksanaan tersebut.Jangan ada yang bersisa ditegaskan dalam setiap
adat dalam Silat Seni Gayong , baik mandi minyak , khatam keris dan sebagainya.
Kepentingan maksud setiap
peralatan bersimbolik dan kalau tidak lengkap ibarat kereta yang tidak bertayar
atau tidak berengin.Kalau ini berlaku mana mungkin kereta itu boleh
digerakkan.Bukan sahaja peralatan ,masa juga memainkan peranan yang penting
dalam perlaksanaan adat dalam Silat Seni Gayong dan begitu juga perlu dilihat
harinya dan pelbagai lagi sudut yang penting agar perlaksanaannya dipohonkan
mendapat keberkatan atas perbuatannya.
Terlalu banyak sudut terpaksa
diperhati dan diperbetulkan, yang semudah pun kita tidak ambil peduli inikan
pulak yang terlalu banyak simbolik atau kaedah yang perlu dijaga.Sudah terlalu
lama kita diulit dengan mimpi adat ini yang hanya bermain ditepian bibir dan
bukan kalam lidah yang zahir dari kefahaman tuntutannya. Langkah perlu diatur
agar ianya tidak sumbang dan pelengkapan sebagai hulubalang Gayong tidak goyang
ditelan zaman oleh kerana perbuatan kita yang dangkal akan tuntutan yang telah
diberi bimbingan.
Semoga kita diberkati.
No comments:
Post a Comment