Thursday, April 24, 2014

Diulit Mimpi Adat



Lain padang lain belalang,begutulah pepatah Melayu yang bermaksud lain tempat lain caranya.Kalau kita mengkaji budaya setempat atau bangsa mungkin peribahasa ini sesuai diapplikasikan.Tetapi apabila bicara tentang adat dalam Silat Seni Gayong ianya terpaksa diguna pakai peribahasa yang lain.Mungkin adat dikendong agama dijunjung.


Sejak kebelakangan ini sering kita keliru apa yang dikatakan adat dalam Silat Seni Gayong.Apa yang kita ketahui, perlimau tapak dan seni, mandi minyak,khatam keris dan pelbagai lagi.Kekeliruan berlaku dalam semua perlaksanaan dalam perlakuan adat ini jika dibandingkan semasa ada pengasasnya.Persoalannya kenapa? Adakah kita sudah tidak arif atau kita sudah lupa akan tuntutan yang kita terima dari beliau sendiri atau disebabkan oleh gejala-gejala yang lain.Muda tidak semestinya tidak mengetahui dan tua pula tidak mestinya tahu.Jadi pokok pangkalnya perbuatan dilakukan dalam kesamaan muafakat mencari yang benar dalam perlaksanaan adatnya.

Bagi yang tahu berkongsi dan bagi yang tidak tahu menjelajah kepelusuk tanahair mencari dan menuntut .Jangan kita berpegang pada apa yang telah kita ditunjukan atau menjadi ikutan.Yang penting tuntutan bukan ikutan.Apa yang terlihat kesemua perlaksanaan adat betul dijalankan tidak ada salahnya tapi dari segi perlaksanan adat sebagaimana tuntutan dari guru sudah banyak yang menyimpang atau lari dari landasan atau garisan yang asal.Satu titik peryelesaian perlu dicari bagi meleraikan permasalahan ini.Ada lagi guru yang masih berdiam dengan segala perlakuan perlaksanan yang sepatutnya,cuma perlu dicari.

Terima kasih Google
Perubahan adat ini telah berlegar dalam baik apa segi perlaksanan pun. Dalam perlimau tapak dan seni ,mandi minyak,khatam keris .pemasyhuran sandang dan sebagainya.

Perlaksanannya sudah tidak seperti dahulu lagi, banyak yang tertinggal dan tidak dijaga adabnya.Satu perkara yang perlu kita amati untuk  generasi perjuangan baru agar ianya tidak luput ditelan zaman.Kalau dalam pengkhataman keris mahupun lembing perlu ada senarai peralatannya yang perlu disediakan dan kenapa ia sebegitu? Jika ini tidak dijaga dan diawasi serapinya maka pincanglah sedikit perlaksanaan tersebut.Jangan ada yang bersisa ditegaskan dalam setiap adat dalam Silat Seni Gayong , baik mandi minyak , khatam keris dan sebagainya.

Kepentingan maksud setiap peralatan bersimbolik dan kalau tidak lengkap ibarat kereta yang tidak bertayar atau tidak berengin.Kalau ini berlaku mana mungkin kereta itu boleh digerakkan.Bukan sahaja peralatan ,masa juga memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan adat dalam Silat Seni Gayong dan begitu juga perlu dilihat harinya dan pelbagai lagi sudut yang penting agar perlaksanaannya dipohonkan mendapat keberkatan atas perbuatannya.

Terlalu banyak sudut terpaksa diperhati dan diperbetulkan, yang semudah pun kita tidak ambil peduli inikan pulak yang terlalu banyak simbolik atau kaedah yang perlu dijaga.Sudah terlalu lama kita diulit dengan mimpi adat ini yang hanya bermain ditepian bibir dan bukan kalam lidah yang zahir dari kefahaman tuntutannya. Langkah perlu diatur agar ianya tidak sumbang dan pelengkapan sebagai hulubalang Gayong tidak goyang ditelan zaman oleh kerana perbuatan kita yang dangkal akan tuntutan yang telah diberi bimbingan.

Semoga kita diberkati.



No comments:

Post a Comment