Tuesday, September 16, 2014

Kaedah Pelajaran Seni Kaki Silat Seni Gayong



Terlalu lama tidak menulis mengenai pelajaran dalam Silat Seni Gayong. Kali ini dikongsikan yang dikatakan pelajaran kaki, yang mempunyai kaedah serangan dan kuncian dan elakan. Memang telah ada pelajaran ini didalam Silat Seni Gayong cuma susunannya yang berbeza dari semua pertubuhan yang jalurnya dari Arwah Dato Meor.

Yang dikatakan serangan dalam kaedah kaki ini adalah kaedah bagaimana melakukan serangan menggunakan kaki dari pelbagai sudut mata angin.Walaupun pada permulaannya ditunjuk ajar akan serangan yang hanya dilakukan pada arah depan. Kepentingan kaki dalam Silat Seni Gayong bersifat sebagai penunjal bagi setiap serangan agar mencari ruang untuk tindakan seterusnya samada pukulan dengan tangan mahupun kunciannya.Walaupun sebagai penunjal impact yang dirasakan semasa serangan kaki tersebut boleh menyebabkan kesan yang parah.Apa yang perlu difahami disini kaedah serangan kaki tersebut mesti mengenai sasaran seni nya yang tepat dan begitu juga disertai dengan kedudukan badan serta kedudukkan tapak yang kemas berseni dan dalam jarak yang sesuai berserta dengan anjakan tujahan yang tepat sama sekali.



Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan
Yang dikatakan kuncian kaki pula adalah kaedah kuncian dengan menggunakan kaki atau pun dengan tangan keatas serangan kaki yang datang mahu pun keatas penyudahan satu-satu serangan.Didalam kaedah ini pelbagai kaedah dilakukan seperti patah alu,alu patah,kilas biawak dan sebagainya. Begitu juga dalam kaedah menyambut serangan kaki menggunakan sauk dalam.sauk luar,sauk tunggul dan sebagainya.

Pendek kata kelengkapan pelajaran Silat Seni Gayong memang diakui dan menjadi tugas kita memahami dan memegang kerahsiaannya agar kekal menjadi rujukan orang Melayu dan khazanah yang tidak boleh diperlekehkan atau diabaikan.

Semoga kita diberkati.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...