Thursday, February 20, 2014

Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong? Sambungan Bahagian #4



Setelah diterangi dengan pola langkah "Ta" ia ditunjuk ajarkan sehingga ketahap 7 martabat silatnya. Dikhatamkan ia dengan 21 langkah hulubalangnya maka difahamkan akan ia dengan petua dan ilmunya, nafas dan geraknya. Maka berbelanglah ia memahami langkah keseterusnya dalam penyediaan ia bagi mengemudi gerak gerinya.

Dibawa ia kegigi ombak yang menghempas pantai.Kedengarannya mengersik pantai tersebut.Duduk ia disitu dihempas ombak dan badai. Direntang tali kuning sebagai payung perlindungan dengan izinNYA. Diharungi gelombang yang berhempas pulas menjawap panggilan. Tubuh Gayong itu tadi ditawafkan sebanyak 7 kali.Sehingga selesai berkenduri kendaralah ianya.

Langkah yang ada padanya sudah dimohorkan dan dijelaskan dan dilengkapkan bagi ia meneruskan perjalanan hulubalangnya. Simbolik perbendaharaan semasa dilautan menjadi saksinya. Dinyatakan juga dengan permohonan kepada Illahi akan penggantian bersilih agar langkahnya itu tidak hilang ditelan zaman dan permodenan. Itulah Khatam Keris sebagai pelengkap adat istiadat melangkahnya.Jika kita tidak menjalaninya ibarat baju yang tidak berbutang atau rumah yang tidak lengkap tiangnya.Direjam pucuk kelapa kearah jauh mata memandang disusuli 7 bunga wangi berserta kelengkapannya. Tiada yang berHAQ hanya dia yang memilih siapa yang berHAQ untuk memiliki akan ilmu kesatria ini.Kembali kita kepadanya, kembali kita kepada ibu, kembali kita berasal usul.

Sekadar Gambar Hiasan

Keris digenggam jika dihunus tiada hentinya kecuali mengalir merah jadinya.Faham kan ia supaya tidak sewenang mengenggam keris ditangan.Langkah hulubalang perlu dijaga adat dan adabnya. Genggaman bersusun dengan gayanya agar berkekalan tradisinya. Sesudah bersirih selengkapnya kembalilah ia dalam meneruskan perjuangan melangkahnya.

Nun awan putih melindunginya agar langkahnya tidak berhenti begitu sahaja. Ada yang kecundang dalam perjalanan, kecundang kerana merasakan langkahnya sudah sempurna dan sudah boleh menyatakan langkah.Mana yang masih bermaya meneruskan perjalanan tapi kali ini perjalanan yang lebih sukar yang hanya segelintir sahaja yang berpeluang pulang dengan pialanya demi mencari rahsia dalam kendi. Manakala yang tercicir tadi puas dengan langkahnya menjadi sanjungan para rakyat jelata.

Pencari rahsia dalam kendi pula berhempas pulas mencari titik nokhtah langkahnya. Direnung Nun disitu , berkalam yang penuh rahsianya, dilingkari ular saktimuna yang bernaung penuh kesaktian kuasaNYA. Kendi cuba dibuka tidak nampak cahayanya.Kelihatan segayong,sekendi,seperigi dan sejalan,sedarah dan sedaging,seminum dan sepadu,sejadi.Mencari sembilan "se" yang diduduk dipintu kendi perbendaharaan menunggu dengan penuh kesabaran.


bersambung.......


Semoga kita diberkati.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...