Friday, January 20, 2012

Silat Seni Gayong Silat Asli

Netherlands atau Holland adalah Negara yang disenaraikan sebagai tangga pertama dalam perkembangan silat dibumi Eropah. Saya telah dijemput oleh Perguruan Satria Pusaka untuk berkongsi pengalaman dalam falsafah Silat Seni Gayong pula.Dalam perjumpaan yang penuh bermakna ini disertai oleh pelbagai perguruan, Perguruan Silat Satria Kuntau Betawi, Perguruan Silat Terate Setia Hati, Perguruan Merpati Putih dan Perguruan Kupu-Kupu Hitam. Semua perguruan ini adalah berasal dari Indonesia.

Guru Pim, Guru Eric, Bapak Herman Thievenet,Guru Theo,Guru Rob

Alangkah gembiranya saya dapat berkenalan dan menjadi rakan kepada mereka yang dari pelbagai perguruan ini. Memang sudah adap dan adat persilat yang penuh dengan budi bahasanya. Sungguh bangga saya melihat budaya Melayu diapplikasikan disini dan alangkah bahagianya kalau kita dari Silat Seni Gayong bertambah erat atau lebih lagi seperti yang ditunjukkan mereka yang berbangsa Eropah ini.

Layanan yang diberikan memang terbaik dan amat mengujakan, dan terasa pula atas layanan ini seolah-olah berada dibumi Melayu.Begitu mereka menghargai budaya dan sopan santun Melayu ini. Terasa malu pula jika kita dilahirkan Melayu tetapi tidak ada nilai-nilai ini.

Dalam perjumpaan ini dikongsikanlah serba sedikit falsafah Silat Seni Gayong. Sehingga diiktiraf oleh seorang pendita silat berbangsa Indonesia di Holland yang bernama Bapak Herman Theivernet yang berusia hampir 90 tahun, apa yang saya kongsikan tadi semuanya asli dan Silat Seni Gayong ini adalah silat asli.Ini adalah kali ketiga saya dilafazkan oleh ahli persilatan yang memang pakar dalam bidang ini tentang keaslian Seni Gayong ini. Terasa terharu dan bersyukur saya berada dalam Gayong ini.

Persilat Dari Holland Dari Pelbagai Persilatan Yang Sudi Berkongsi Falsafah Silat Seni Gayong

Oleh itu pada anak-anak Gayong marilah kita berlatih memantapkan lagi permainan kita dan sayangilah Silat Seni Gayong kita ini baik dari segi adat dan budayanya.

Apa yang lagi menitiskan airmata saya apabila selesai perjumpaan itu Silat Seni Gayong dipinang untuk dikembangkan ditanah Holland.Maka lembaran baru Silat Seni Gayong bermula di Holland dan bertambahlah lagi keluarga Gayong diseluruh dunia.Alahmdulillah.Saya hanya menjalankan amanah saya setakat yang saya mampu dalam melayari Silat Seni Gayong ini.Apa pun rintangan saya tetap melangkah jua kerana itulah amanah. Walaupun dihujani dengan fitnah yang amat dahsyat untuk menjatuhkan saya tapi saya tetap berdoa agar saya diberi kekuatan dan teringat tentang pesanan dari Almarhum Dato tentang ini.


Berada di Holland dan dikelilingi sahabat-sahabat dari pelbagai perguruan adalah saat yang amat mengembirakan kerana dapat dilihat budaya dan adap alam nusantara ini dikembangkan dengan jayanya.Dilihat juga dari segi makanan, sopan –santun dan keramahannya semuanya adalah budaya Melayu.Amat sukar digambarkan perasaan melihat ini.Alhamdulillah.

Dank U Wel




1 comment:

  1. alhamdulillah..
    smua usaha yg cikgu buat mmbuahkan hasil..
    sy yakin, matlamat cikgu wan tetap akn trcapai utk kembangkn seni gayong...

    maaf juge dr sy krn dh lama tidak mmijak kaki ke gelanggang...
    1 masa nnt, sy akn brtapak juge di gelanggang trbaik, KHTC...insyaallah.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...