Monday, May 6, 2013

Jelajah KHTC # 3



Hari berikutnya  penjelajahan akan diteruskan.Keselesaan tempat menginap telah menyegarkan tubuh yang penat kerana perjalanan yang tanpa rehat yang cukup. Penginapan yang hampir ditepian laut, mempunyai ruang masak,bilik yang besar dan selesa bagi kumpulan yang besar,dilengkapi dengan tv dan sebagainya.

Papan Tanda Hotel Di Perros Guirec

Tempat Penginapan Team KHTC

Perjalanan yang keseterusnya  akan mengambil masa 5 jam.Rehat yang cukup diperlukan. Peluang masa yang sedikit diambil oleh team KHTC untuk bergambar kenangan sebelum berlepas ke destinasi kedua. 

Pemandangan Berhampiran Hotel

Cuaca disekitar kawasan penginapan agak sejuk sekitar  6 celsius, pengalaman team KHTC merasai kesejukannya. Walaupun begitu latihan pemanasan dilakukan juga serta latihan kemantapan turut dibuat . Misi bukan untuk bersantai tetapi berkongsi dan mengenalkan Silat Seni Gayong didaerah yang merasakan silat itu adalah asing.

Sebahagian Dari Penonton Semasa Acara Demo Malam Kelmarin

Peserta Diberi Penerangan Tentang Gayong

Pendedahan Tentang Gayong

Pengalaman malam tadi amat bermakna dan inisiatif diambil untuk persediaan ke “venue” seterusnya. Difahamkan lebih awal kemungkinan sambutan akan lebih dari yang dijangka dan persediaan yang lebih mantap perlu disiapkan.Apapun team KHTC sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dijangka. Semoga perjalanan kedestinasi kedua ini diberkati sebagaimana perjalanan yang sebelumnya.



Sunday, May 5, 2013

Jelajah KHTC # 2



Perjuangan diteruskan pada 25 April 2013, bergerak ke pejabat Avis untuk menyewa kereta jam 0800. Kereta yang telah ditempah lebih awal untuk perjalanan ini. Sedikit masalah timbul kerana kereta yang ditempah  tidak seperti yang dikehendaki  tetapi Alhamdulillah akhirnya  setelah hampir sejam setengah, masalah itu dapat diatasi.

Timbul pula masalah lain iaitu persoalannya sampaikah tepat pada masa yang dikehendaki ke destinasi yang ditujui iaitu disebuah bandar kecil disebelah selatan barat Perancis yang dikenali sebagai Louannec.Salah satu bandar yang menjadi tumpuan pelancong pada musim panas kerana pemandangannya yang cantik ,suasana kampungnya serta hampir dengan laut.Apabila tiba musim ini semua harga makanan,penginapan dan sebagainya naik sekali ganda.

Berlepas dari Paris jam 1100, menyusuri  jalan dengan menggunakan GPS sehingga hampir terlibat dengan kemalangan tetapi Alhamdulillah dapat diatasi.Undangan dari Louannec ini dibawah kelab Arts et Cultures du Nusantara yang dipimpin oleh saudara David Boussion. Aktiviti kelab ini adalah mengenalkan seni di nusantara seperti Silat Seni Gayong, Kali, tarian dari Filipina dan yang berkaitan.

Iklan Yang Dibuat Oleh Kelab Tersebut

Perjalanan yang agak lama yang mengambil masa 6 jam ,akhirnya tiba didestinasi jam 1700. Sampai sahaja didestinasi kami terus ke tempat penginapan di Perros Guirec, yang hanya 10 minit dari Louannec.Berehat seketika ,pertunjukan dan perkongsian akan bermula jam 1900. Sepatutnya kami perlu tiba pada jam 1500 untuk sesi temuramah dengan TV2 France tetapi kerana sedikit masalah kelewatan sewa kereta yang dihadapi di Paris ianya terpaksa dibatalkan. Apa pun wartawan tempatan menemubual kami pada akhir pertunjukan dan perkongsian ilmu ini.
Siaran Dalam Akhbar Tempatan




Siaran Dalam Akhbar Tempatan

Pertunjukkan dan perkongsian yang bermula jam 1900 dihadiri oleh penduduk sekitar yang ingin tahu apakah silat. Mereka ini tidak pernah pun dengar tentang beladiri silat ini. Seramai 20 orang hadir untuk melihat pertunjukan sementara 10 orang menyertai perkongsian ilmu.Acara selesai jam 2100 dan kami kerumah saudara David yang terletak  di Plouarec , dalam 10 minit dari gym di Louannec tempat acara dijalankan.

Perserta Yang Menerima Pendedahan  Silat Seni Gayong

Kami pulang ke tempat penginapan jam 2300 untuk merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan kedestinasi seterusnya keesokan harinya meneruskan misi “Sama Sendiri Bantu Mebantu”.


Saturday, May 4, 2013

Jelajah KHTC # 1


Alhamdulilah perjuangan Gayong yang dimulai oleh Cikgu-Cikgu Gayong sebelum ini diteruskan oleh KHTC. Pada 23 April 2013 seamai 5 orang wakil KHTC telah ke Eropah. Perjalanan pertama adalah ke Paris, Perancis.

Sejarah Ringkas Silat Seni Gayong di France

Silat Seni Gayong di France telah dimula promosikan oleh Mohamad Moncef Warghi pada sekitar awal 80an. Beliau yang berasal dari Tunisia telah membuka gelanggang di selatan Perancis . iaitu di Nice. Pada ketika itu dalam gelanggang beliau yang menggunakan logo Gayong , turut diajar beladiri lain kerana beliau juga merupakan pengamal pelbagai beladiri lain.

Mula Gayong Dikenalkan Di Nice , Perancis





Pada akhir 80an perjuangan Gayong disambung oleh Cikgu Mufi di Bandar Paris. Murid-murid belaiu telah meneruskan perjuangan ini dengan diketuai oleh salah seorang murudnya yang bernama Christophe di sebuah bandar yang dikenali sebagai Lille di utara Perancis. Perjuangan Gayong diteruskan atas nama Academie Penchak Silat Kuil Kesetiaan.

Salah Satu Klab Gayong Di Perancis

Pada awal 90an Silat Seni Gayong bersama beladiri Malaysia yang lain dibawah Kementerian Kebudayaan Malaysia telah membuat pertunjukan di acara pertunjukan beladiri yang dianjurkan setiap tahun di Bercy, France

Demo Gayong Di Bercy 90an

Pada tahun 2003 sebagai seorang penuntut disebuah institute pengajian di Perancis, Cikgu shaiful Hakim telah meneruskan perjuangan Gayong ini. Terbentuklah AFSSG atau Association Francaise Silat Seni Gayong yang bergelanggang di utara Perancis iaitu di Lille.

KHTC Di Paris

KHTC atas jemputan, meneruskan perjuangan ini yang diwakili 5 orang, dan seorang wakil tunggal wanita.Perjalanan dimulakan pada 23 April 2013 , berlepas dari Kuala Lumpur pada 2345 waktu Malaysia dan selamat tiba di Perancis pada 24 April 2013 jam 0720. Wakil KHTC diketuai oleh Zulkifli Yaacob, Mohd Zamri Abu Bakar,Shaharuddin Aziz,Muhammad Shazreen dan Aziroh ismail.

Perjalanan yang mengambil masa 12 jam dengan diiringi doa dari gelanggang yang bernaung bawah gelanggang KHTC membawa misi “Sama Sendiri Bantu Membantu:".

Friday, March 29, 2013

Sekilas Minda - Gayong dan Politik



Masa bergerak tanpa disedari. Trend pun sudah berubah. Setiap yang berlalu mendatangkan baik dan buruknya. Penglibatan Silat Seni Gayong didalam kancah politik tanahair ada pro dan kontranya. Jika dulu penglibatannya hanya sebagai mengangkat martabat Melayu dengan perlantikan pemimpim-pemimpin tertinggi kerajaan memerintah sebagai pemegang sandang kehormat dalam pertubuhan itu sendiri. Malah ada yang diberikan jawatan tertinggi dalam Gayong sebagai pimpinan tertinggi sebagaimana yang dikurniakan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Mustapha , sekadar menyebut beberapa pimpinan.

Sejauhmana penglibatan pertubuhan Gayong sebagai NGO yang berdaftar mestilah ada panduannya. Telah nyata pertubuhan Ngo tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti politik. Dinyatakan juga dalam perlembagaan pertubuhan sebagai badan bebas yang menjalankan aktiviti persilatan budaya bangsa Melayu.

Sekadar Gambar Hiasan

Penglibatan secara terang-terangan mungkin boleh mendatangkan impak yang besar keatas pertubuhan NGO ini. Persoalannya yang bermain dalam minda, apakah pulangan yang diterima oleh ahlinya? Ataukah ianya hanya pulangan untuk golongan tertentu sahaja.

Apapun tidak dapat dinafikan penubuhan asal Gayong ada kaitnya dengan politik. Pada masa itu perjuangannya adalah untuk bangsa Melayu dan sesuailah dengan zaman itu. Zaman perjuangan mencapai kemerdekaan dan meletakkan bangsa Melayu ketahap yang tertinggi setelah sekian lama dijajah pemikiran ,budaya dan sosio kehidupannya.

Jika sekarang apakah matlamatnya pula? Suatu perkara yang perlu diperdebatkan agar perjalanan pertubuhan yang sekian lama dapat dinikmati bersama oleh ahlinya yang terdiri dari pelbagai bentuk pemikiran.

Apa salah jika kita gerakkan sumber intelek ahli Gayong yang ramai ini untuk memajukan Gayong secara ilmiah tanpa melibatkan diri secara telus dalam sebarang aktiviti kepolitikan.

Tidak dapat dinafikan dimana sahaja perlukan penglibatan politik tetapi sejauhmana kebijaksanaan kita mengendali dan mentadbirkannya menjadi ukuran kita sebagai badan NGO. Terlalu banyak ruang untuk dilihat dan dikaji agar tindakan pimpinan tidak mewujudkan jurang pemikiran dikalangan ahli.

Oleh itu saranan agar pengendalian pentadbiran Silat Seni Gayong digerakkan berlandaskan perlembagaan sebagai  NGO patut dikendalikan dengan lebih bijaksana.Bersama kita menyumbangkan kaedah yang terbaik untuk keharmonian dan kesejahteraan  Silat Seni Gyaong kita ini.

Semoga kita semua diberkati.


Wednesday, March 27, 2013

Kupasan Rahsia Amanat Gayong Bahagian 1



Jikalau kita meniti tawarikh kerajaan Melayu lama samada Srivijaya,Dharmasraya,Melaka kita dapati kewujudan sikap,sifat,perangai,tabiat dengki, khianat,tamak,irihati gilakan kuasa menyebabkan salah satu sebab runtuh dan ranapnya kerajaan Melayu itu.

Adakah ini memang sudah menjadi adat resam tabiat Melayu? Mungkin ya dan mungkin tidak, yang pastinya mungkin sudah menjadi budaya peradaban Melayu itu sendiri. 

Pesanan ini juga diterapkan dalam Silat Seni Gayong sebagai amanah atau amanat dan ingatan akan betapa bahayanya sikap,tabiat,pemikiran,sifat sedemikian.tetapi berapa ramai kita yang betul mendalami dan menyelaminya agar dapat mengawal diri melawan nafsu kita sendiri dan mengelakkan perkara ini meresap kedalam tubuh badan kita sehingga boleh memusnahkan cahaya  gemerlapan malap ditelan budaya ini.

Kekadang kita mahu menegur,menasihati,menyampaikan  agar saudara seGayong kita tidak sesat dalam perjalanan tetapi kekadang penyampaian kita itu tersasar dan menuju kearah jalan nafsu kita yang negatif.Agak sukar sebenarnya tetapi tidak mustahil jika pokok yang ada dalam diri kita akarnya kuat berimbun memandu kita kejalan yang diberkati.Permasalahan juga timbul jika pokok yang hendak kita siram merasakan yang mereka sudah cukup bekalan air yang mencukupi. Apa pun sikap give and take, open minded, taking consideration,discussion with a good manner,accepting fault dan pelbagai lagi boleh dijadikan sebagai sandaran panduan pembaikan diri.




Kalau kita perhati dan kaji bait-bait pantun amanat Gayong mungkin kita akan mengklasifikasi kan pelbagai makna atau kefahaman mengikut fahaman kita sendiri atau pun yang dkongsikan oleh pendapat lain. Penyampaian disini adalah apa yang penulis fahami setelah penerangan dari guru suatu ketika dahulu.


                                    Jangan tepuk susu didulang,
                                   Anak harimau tak dapat menyusu,
                                   Janganlah pechah rahsia hulubalang,
                                   Nanti rimau hilang kuku.


Dalam dua baris yang pertama maksud yang hendak disampaikan adalah susu. Kenapa susu? Apa kena mengena susu ini ? Alkisahnya susu ini dalam Silat Seni Gayong adalah simbolik kepada langkah yang diajarkan . Maksud langkah yang diajar itu adalah wajib dikekalkan, jangan ada yang menokok tambah kononnya agarnya kelihatan sempurna. Walhal rahsia langkah itu sudah ada Cuma faham,tahu ,sebati atau tidak sahaja menjadi persoalannya.Apabila terpesong,sumbang,salah langkah Gayong ini akan menyebabkan kaedah penyampaian telah lari dari asalnya dan ianya akan melahirkan anak-anak Gayong yang tidak pandai berburu.

Diteruskan dalam dua rangkap akhir, menekankan rahsia susu itu agar dijaga dan penyampaian langkahnya tepat,asli. Hendaklah dengan penuh dikawal disimpan rahsia itu agar tidak terlepas pada yang tidak amanah dan bertanggungjawab agar bisa rahsia memburunya itu dijaga dan amanahnya dipegang dengan taat setia tanpa berbelah bahagi.


                                 Jangan tepuk darah didulang,
                                Anak harimau mencari ibu,
                               Jangan pechah mentera hulubalang,
                               Nanti harimau hilang asu,


Dalam baris pantun amanat seterusnya apa yang hendak disampaikan pada dua rangkap pertama adalah ibu. Kaedah memburu  dalam keluarga harimau diajarkan oleh ibu. Betapa pentingnya ibu itu disini dalam pengertian Silat Seni Gayong. Apabila berlaku kesilapan dalam pemburuan, anak harimau akan mencari ibu yang telah mendidik tentang kaedah memburu itu untuk mendapatkan nasihat dan pandangannya.Ibu dalam mendidik selalu menyampaikan pesanan agar rahsia yang diajar petua,amalan dan sebagainya disimpan dengan baik dengan amanah supaya bila melakukan pemburuan ngerinya taring itu mendatangkan gerun pada masa pemburuan dilakukan

Ini bersesuaian dengan apa yang disebutkan dalam sumpahan hulubalang harimau yang disampaikan pada penulis suatu ketika dahulu oleh yang amat dikasihi Almahum Dato Meor Abdul Rahman. Demi menjaga amanahnya maka tidak dapatlah dikongsikan disini secara bertulis,

Sekadar berkongsi serba sedikit apa yang tersirat dalam amanat tersebut serangkap dua agar menjadi pembuka minda kita semua.Akhir kata sesama kita mengingati dan semoga kita semua diberkati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...