Monday, May 14, 2018

SATU PANDANGAN


Alhamdulillah dapat menyambung penulisan sekali lagi setelah sekian lama menyepikan diri.Penulisan kali ini ingin menyentuh dan berkongsi serba sedikit pandangan yang tidak seberapa akan perjalanan  Silat Seni Gayong.Untuk penulisan kali ini kita cuba menyentuh tentang berkemungkinan tidak boleh bercantumnya anak-anak Gayong ini dalam satu bumbung.Cuba kita mengambil beberapa fakta ini sebagai permulaan memahami situasi semasa:

1] Tertubuhnya dan terdirinya Pertubuhan,Persatuan,Klab,Team dan kepelbagaian lagi atas nama perjuangan Gayong menampakkan kesukarannya untuk mencari jalan kearah meletakkan Gayong dibawah satu bumbung.

2] Perlaksanaan adat yang sudah agak berbeza mengikut pentadbiran adat dari semua badan telah juga memangkinkan akan kesukaran tersebut.Ada sebahagian adat dan adab yang ditambah dan ada pula yang telah dibuang dan pelbagai lagi mengikut kemahuan pentadbiran adat mahu pun individu dari setiap badan yang telah sedia terdaftar.

3] Kewujudan kepimpinan yang sukar untuk berkerjasama dalam semua segi yang bimbang akan kepentingan mahupun jawatan mereka tergugat dan berlakunya permainan politik dalam badan yang amat ketara.Ini memungkinkan penambahan kesukaran untuk bersama mentadbir atau berada dalam satu pentadbiran

4] Tiadanya pengawalan dalam semua segi terutama dari segi peningkatan ekonomi yang menyebabkan ada yang mengambil kesempatan meningkatkan ekonomi mereka dengan jenama Gayong itu sendiri

5] Tiada wujud perubahan dalam meningkatkan kemajuan badan baik dari segi pendapatan badan.Pengharapan pada subsidi-subsidi yang disediakan dan pengharapan ini sahajalah yang ada dalam pemikiran setiap badan untuk kemajuan badan mereka

6] Apabila telah wujud kepentingan dari menanggung kos penyelengaraan dan sebagainya yang dikenakan keatas kursus-kursus Gayong dalam kadar yang amat tinggi juga penyebab kesukaran untuk bersatu.

7] Keadaan kucar kacir yang ada dimana mana terutama pada kepimpinan yang dianggap berkaliber tapi yang berlaku sebaliknya dan menyebabkan menjadi ikutan anak-anak Gayong sehingga boleh menyebabkan kekeliruan yang memanjang sehingga ke masa hadapan.

Apa pun itulah Gayong...Gayong ynag kita semua sayangi dan semuanya berharap ianya dapat dipulihkan dan bersatu.Walaupun nampak bukan suatu kerja yang mudah tetapi reformasi perlu terlaksana bagi menjaga mengekalkan Gayong sebagimana asalnya dan mengembalikan kredibilitinya dan bole dipercayai.

Semoga kita semua diberkati




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...