Setelah diterangi dengan pola
langkah "Ta" ia ditunjuk ajarkan sehingga ketahap 7 martabat silatnya.
Dikhatamkan ia dengan 21 langkah hulubalangnya maka difahamkan akan ia dengan
petua dan ilmunya, nafas dan geraknya. Maka berbelanglah ia memahami langkah
keseterusnya dalam penyediaan ia bagi mengemudi gerak gerinya.
Dibawa ia kegigi ombak yang menghempas
pantai.Kedengarannya mengersik pantai tersebut.Duduk ia disitu dihempas ombak
dan badai. Direntang tali kuning sebagai payung perlindungan dengan izinNYA.
Diharungi gelombang yang berhempas pulas menjawap panggilan. Tubuh Gayong itu
tadi ditawafkan sebanyak 7 kali.Sehingga selesai berkenduri kendaralah ianya.
Langkah yang ada padanya sudah
dimohorkan dan dijelaskan dan dilengkapkan bagi ia meneruskan perjalanan
hulubalangnya. Simbolik perbendaharaan semasa dilautan menjadi saksinya.
Dinyatakan juga dengan permohonan kepada Illahi akan penggantian bersilih agar
langkahnya itu tidak hilang ditelan zaman dan permodenan. Itulah Khatam Keris
sebagai pelengkap adat istiadat melangkahnya.Jika kita tidak menjalaninya
ibarat baju yang tidak berbutang atau rumah yang tidak lengkap tiangnya.Direjam
pucuk kelapa kearah jauh mata memandang disusuli 7 bunga wangi berserta
kelengkapannya. Tiada yang berHAQ hanya dia yang memilih siapa yang berHAQ
untuk memiliki akan ilmu kesatria ini.Kembali kita kepadanya, kembali kita
kepada ibu, kembali kita berasal usul.
Sekadar Gambar Hiasan |
Keris digenggam jika dihunus
tiada hentinya kecuali mengalir merah jadinya.Faham kan ia supaya tidak
sewenang mengenggam keris ditangan.Langkah hulubalang perlu dijaga adat dan
adabnya. Genggaman bersusun dengan gayanya agar berkekalan tradisinya. Sesudah
bersirih selengkapnya kembalilah ia dalam meneruskan perjuangan melangkahnya.
Nun awan putih melindunginya agar
langkahnya tidak berhenti begitu sahaja. Ada yang kecundang dalam perjalanan,
kecundang kerana merasakan langkahnya sudah sempurna dan sudah boleh menyatakan
langkah.Mana yang masih bermaya meneruskan perjalanan tapi kali ini perjalanan
yang lebih sukar yang hanya segelintir sahaja yang berpeluang pulang dengan
pialanya demi mencari rahsia dalam kendi. Manakala yang tercicir tadi puas
dengan langkahnya menjadi sanjungan para rakyat jelata.
Pencari rahsia dalam kendi pula
berhempas pulas mencari titik nokhtah langkahnya. Direnung Nun disitu ,
berkalam yang penuh rahsianya, dilingkari ular saktimuna yang bernaung penuh
kesaktian kuasaNYA. Kendi cuba dibuka tidak nampak cahayanya.Kelihatan
segayong,sekendi,seperigi dan sejalan,sedarah dan sedaging,seminum dan
sepadu,sejadi.Mencari sembilan "se" yang diduduk dipintu kendi
perbendaharaan menunggu dengan penuh kesabaran.
bersambung.......
Semoga kita diberkati.
No comments:
Post a Comment