Wednesday, December 4, 2013

Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong ? sambungan bahagian #2



Kembali kita menyambung perkongsian kita tentang Siapakah Yang Memiliki ILMU GAYONG. Apabila telah ditunjuk-ajar , dibimbing cara melangkah sehingga kita boleh bergurau senda antara kita tanpa siapa pun mengalami kecederaan atau kecelakaan maka kita diteruskan pengajiannya dalam kaedah membunuh atau lebih suka saya terminologikan disini sebagai berseni.

Amati betul-betul akan kata berseni ini, ramai yang menafsirkan bahawa perlimau seni itu adalah satu penerimaan untuk bermain senjata.Tetapi apa yang dikatakan seni disini iaitu didalam kaedah Silat Seni Gayong adalah bagaimana hendak membunuh mangsa ibarat Sang Harimau yang mencari makanannya.Jadi permainan senjata itu dilatih untuk memahirkan kaedah itu tadi.Bagaimana sebenarnya ianya dilakukan atau ilmunya.Disini ilmu dan petua cara kaedah membunuh cara harimau ini tadi dikongsikan agar pengamal Silat Seni Gayong betul-betul dapat merasakan yang mereka itulah yang bakal digelarkan sebagai Hulubalang Harimau sebagai pengenalan yang telah saya nyatakan dalam penulisan yang lalu.Bukan sahaja penggunaan senjata dijadikan sandaran tetapi pengunaan tangan sebagai senjata yang amat bahaya juga diterapkan.Tetapi bagaimanakah ianya dilakukan?Semuanya mahulah dituntut dan bukanlah sebagaimana yang lazim kita tengok atau kita tonton dimana-mana pentas pertunjukan di media mahupun secara terbuka.Kalau suatu masa dahulu dalam setiap langkahnya, dalam setiap buahnya, dalam setiap pukulannya ada buah yang kita gelarkan Buah Bunuh.

Setiap satu langkah itu ada kaedahnya sebagai mengambil contoh didalam buah Sawa Berendam, manakah buah bunuhnya disitu.Bila bergerak sahaja dibunuh, dibunuh gerak,dibunuh langkah,dibunuh setiap liang romanya.Fikir-fikirkanlah,faham-fahamkanlah.Jangan hanya berdentum guruh dilangit belum tentu akan hujannya.

Sekadar Gambar Hiasan
Bukan habis disitu sahaja ianya diteruskan dengan apa yang ada dibadan dan apa yang ada pada badan.Kalau kita memahami sebagaimana yang dinyatakan oleh Arwah Dato Meor , apa yang ada dibadan atau apa yang ada disekeliling dan apa yang ada pada kita semuanya boleh digunakan untuk mempertahankan diri.Apakah maksudnya ? Ia memberikan makna jika ada pengetahuan ilmu dan petuanya segala pesekitaran kita boleh digunakan sebagai senjata dan kalau ia digunakan sebagai senjata sudah tentulah ianya digunakan untuk penyelamatan diri dan tidak mustahil berlakunya pembunuhan disitu jika keadaan memerlukan sebagai contoh adalam peperangan.Sudah dimaklumkan Gayong ini adalah ilmu perang Melayu pada zaman dahulu maka faham-fahamkanlah.
 
Kalau suatu ketika dahulu dilihat sendiri akan kaedah ini, dipegang layu,disentuh tumbang dan sebagainya. Hanya dengan pengunaan jari sahaja sudah memadai.Seninya amat tinggi sehingga dikagumi seantero serantau.

Malah seni-seni ini diajar cara melangkahnya maka disusuli dengan cara ketahanannya atau pun mudah bicara cara pengawalannya.Kesemua cara ini ada kaedahnya yang tersendiri sebagaimana ibu harimau menjilat anak-anaknya dalam tempoh 21 hari selepas kelahiran mereka dan terus menjilat tubuhnya sehinggalah mereka dewasa.Kadang dilakukan secara bersendrian dan kadang-kadang dilakukan oleh pasangannya atau spesisnya.Renung-renungkanlah akan ilmu dan petua harimau ini.Sudah dikatakan Silat Seni Gayong ini kaedah bermain cara harimau.

Apabila dilengkapi dengan seni ketahanan ini maka jika berlaku sebarang permasalahan didalam perkelahian tidaklah ia mendatangkan kemudaratan.Mungkin apa yang dinukilkan disini menjadi tanda tanya adakah ianya "kebal"? Sebenarnya tidak sama sekali tetapi suatu kaedah ilmu dan petua sebagai contoh jika di lakukan Seni Tapak Kunci Mati dan jika betul seninya mungkin pada peringkat awalnya boleh dipengsankan tetapi ia boleh dielakkan dari terjadi dan inilah yang dimaksudkan.Mungkin kita mula berfikir ianya Seni Tapak Kunci Hidup atau pentas, sebenarnya bukankah kerana pentas itu masih lagi bersilat.Ianya adalah satu ilmu dan petua seni, tanpa mengerakkan langkah yang kita kenali sebagai bersilat cuma mengerakkan seninya.Mungkin amat sukar kita faham melalui tulisan tetapi dengan tunjuk ajar guru ianya mudah.Satu misteri bukan ? Saya berharap penulisan ini dapat membuka minda anak-anak Gayong supaya jangan sampai kita diselubungi misteri.Itulah ilmu dan petua berGayong berseni.Rungkaian ini dalam kaedah perlimau sahaja dan tidak lagi dilebarkan kepada kaedah beradat yang lain.sebagaimana keterangan saya yang lalu ianya berkait ibarat dekatnya daging dengan urat begitu jugalah adat dengan silat dengan seni dengan Gayongnya.Sesama kita memahaminya.

Semoga kita diberkati.


bersambung...........


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...