Saturday, October 4, 2014

Sistem Organisasi Silat Seni Gayong Sebagaimana Asal





Silat Seni Gayong telah disusun atur dengan baik dari semua segi adat,guru-guru dan pentadbiran semasa zaman Almarhum Dato Meor Abdul Rahman.Jika diperlihatkan akan susunannya ia memang sudah mantap dan rapi cuma tinggalan kepada kita untuk melaksanakannya.Disini dikongsikan sistemnya sebagaimana yang diperolehi suatu ketika dahulu di tanah bersejarah Silat Seni Gayong di Air Kuning,Taiping.

Sistem organisasi Silat Seni  Gayong ini pada suatu ketika dahulu disusun mengikut 3 bahagian.Bahagian pertama di peringkat pusat yang merangkumi Mahaguru,Majlis Tertinggi Lembaga Beradat,Imam Khalifah Agong,Timbalan Imam Khalifah Agong,Ketua Khalifah Pusat dan Waris Tertinggi Lembaga Beradat.Bahagian kedua pula adalah peringkat negeri yang terdiri dari Badan Lembaga Beradat Negeri,Imam Khalifah Negeri,Timbalan Imam Khalifah Negeri,Khalifah Besar,Waris Beradat dan Ketua Beradat.Manakala bahagian yang ketiga adalah diperingkat cawangan yang terdiri dari Ketua Kkhalifah ,Khalifah Muda dan Khalifah. Susunan yang dinyatakan diatas adalah bertindak sebagai tunggak didalam organisasi Silat Seni Gayong itu dan dipertanggungjawabkan keatas keseluruhan perjalanan Silat Seni Gayong

Ditubuhkan pula badan pengurusan diperingkat pusat yang terdiri dari Penasihat Agong Balai Adat,Majlis Balai Adat,Pusat Latihan Tertinggi dan Majlis Tertinggi Gurulatih.Diikuti dengan peringkat negeri yang terdiri dari Badan Guru-Guru,Ketua Gurulatih dan Penolong Gurulatih. Manakala peringkat cawangan pula terdiri dari Gurulatih sahaja.

Pengurniaan sandang kebesaran Silat Seni Gayong adalah disusun berdasarkan badan tunggak yang memerintah Silat Seni Gayong itu iaitu Lembaga Beradat Silat Seni Gayong Malaysia yang diterangkan dalam perenggan pertama diatas.Oleh kerana itu mana-mana sandang yang diguna pakai juga diamanahkan dan dipertanggungjawabkan keatas semua sub-sub badan atau kita sebut sebagai jabatan yang ditubuhkan bagi memantapkan perjalanan Silat Seni Gayong .

Disamping itu diwujudkan juga Penasihat Khas,Majlis Ibu Gayong,Setiausaha Agong,Bendahari Agong diperingakt pusat dan diikuti dengan Setiausaha Lembaga Beradat,Bendahari Lembaga Beradat dan Badan Ibu Gayong diperingkat negeri .

Ia turut diwujudkan juga badan Penasihat Agong,Majlis Penasihat,Penapis Amanah diperingkat pusat. Manakala diperingkat negeri terdiri dari Penaung,Badan Penasihat dan Penapis Amanah. 

Diakhiri dalam sisitem Lembaga Beradat Silat Seni Gayong ini dengan badan atau kita gelarkan jabatan yang terdiri dari Penasihat dan Majlis Jawatankuasa Agong yang dipertanggungjawabkan diperingkat pusat. Dituruti dengan peringkat negeri yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bahagian Negeri.Manakala diperingkat cawangan terdiri dari Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Gelanggang.

Semoga penjelasan yang sedikit ini dapat memantap dan mengemaskan lagi sistem pengurusan didalam Silat Seni Gayong yang kita kasihi ini.

Semoga kita diberkati.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...