Seorang tua yang aku jumpa di
perkuburan , begitulah tetiba aku teringat satu kisah. Berlaku beberapa tahun
sudah , tidak ingat pula tahunnya. Pada satu pagi aku mendapat perkhabaran
meninggalnya seorang yang berdarah raja. Terlintas dihati untuk menziarahi dan
menyempurnakan fardhu kifayah sebagai seorang muslim. Aku pergi dengan
seseorang yang memang kenal dengan almarhum ini. Entah kenapa hari
itu aku kepingin untuk melakukan ziarah, sebelum ini tidak pernah pun aku berbuat
demikian. Mungkin ada hikmahnya kata hati kecil ku.
Kami terus menuju ke kawasan
perkuburan kerana sampai kami agak lewat.Dilihat disitu ramai saudara semuslim
sudah menunggu , bagaikan melangkah kanan kami sampai serentak dengan sampainya
jenazah. Selesai upacara pengebumian kami pun berjalan menghala kekereta. Di
perhatikan kawasan perkuburan sudah mula lengang.Satu persatu meninggalkan
kawasan tersebut. Terlihat oleh kami seorang tua yang sedang menunggu bas. Lalu
kami pun menyapa,”aki nak kemana?” katanya, “ nak balik”. Begitu pendek jawapannya.
Sekadar Gambar Hiasan |
Kami pun menawarkan padanya untuk
menghantar beliau pulang. Lalu bersama duduk dipondok bas yang agak usang yang
diperbuat dari kayu itu. Dalam kami bercerita terkeluar dari mulutnya satu
mentera yang amat aku pasti dan menjadi amalan dalam Silat Seni Gayong. Terkedu
aku seketika, namun aku ingin mengetahui secara lanjutnya siapakah orang tua
ini.Aki ini bercerita tanpa henti dalam nada yang perlahan tetapi amat mudah
didengar dan difahami.” Itulah daulatnya,” katanya meneruskan perbualannya,
kami meneliti dengan tekun apa yang dilafazkannya. Terlintas dalam ingatan aku
akan apa yang diberitahunya itu adalah sama sebagaimana yang pernah diijazahkan
pada aku suatu ketika dahulu di Taiping. Baru aku tahu rahsianya, begitulah
yang terdetik dalam sanubari ku.
Aki ini sebenarnya pun menziarahi
jenazah itu tadi. Kami boleh tidak perasan akan kehadirannya disitu. Apa pun
yang menjadi tumpuan kami adalah atas apa yang disampaikan aki ini. Lalu dia
meneruskan kisahnya, katanya datangalah kerumah, mempelawa kami . Tambahnya ada
sesuatu dirumah yang berbungkus dalam kain kuning untuk tatapan kami. Kami
hanya mengangguk sahaja . Agak lama jugak kami disitu bermula dari Asar
sehinggalah membawa hampir Maghrib. Lantas katanya, “dah nak Maghrib ni, aki
nak balik”. Kami pun membawa aki tersebut menaiki kenderaan dan menghantarnya
pulang.
Oleh kerana hari pun sudah lewat
dan teman ku tadi perlu bergegas pulang maka kami batalkan untuk melihat dan
mengetahui apakah rahsia bungkusan kain kuning yang dikatakan aki
tersebut.Pulang kami dengan penuh tanda tanya dan disusuli dengan kepuasan atas
penerangan yang kami terima.Apa yang boleh kami rumuskan disini , aki ini
mengamalkan apa yang kita katakan Gayong dan tidak dapat disangkal lagi hasil
dari pemerhatian kami memang dia saudara SeGayong , seperigi , sejalan, sedarah,
sejadi.....Siapa aki itu sebenarnya menjadi misteri sehingga kehari ini.
No comments:
Post a Comment