Tuesday, November 1, 2011

Seni Belian


            Seni Belian adalah salah satu permainan tangan kosong peringkat tinggi.Salah satu lagi pelajaran misteri Silat Seni Gayong.Permainan yang memang tidak pernah dipertontonkan pada khalayak ramai, yang menjadi sebahagian pelajaran rahsia Silat Seni Gayong. Apakah sebenarnya Seni Belian ini.? 

           Adakah yang dimaksudkan dengan belian ini berlian yang menjadi pakaian para wanitakah? Atau ada sebalik makna yang tersirat atas pemakaian namanya.

            Jika kita perhatikan sebutan sahaja sama, tetapi dari segi tulisannya berbeza, jika permata itu ada “R” nya manakala dalam Silat Seni Gayong tiada ” R” nya.

            Banyak sahaja pandangan dan fahaman tentang Seni Belian ini, ada yang mengatakan kaedah koyak mengoyak, merobek dan ada juga yang mengatakan Seni Belian ada dalam permainan senjata. Mana satu kah yang boleh kita ambil.? Semuanya adalah betul, tetapi bagaimana kah Seni Belian dipelajari?

            Adakah mempunyai kaedah tertentu sebagaimana permainan lain.Sudah tentu, kerana kaedah ini ada caranya dan untuk memantapkan ia turut diiringi dengan amalan-amalan tertentu untuk kemantapan permainannya.

            Sebelum kita berkongsi secara mendalam tentang apa Seni Belian ni marilah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan belian disini.Dalam konteks Silat Seni Gayong, Seni Belian adalah bermaksud Singa..Jika ianya bermaksud Singa, kaedah yang ada dalam permainannya adalah kaedah memusnahkan lawan ketahap yang sukar digambarkan.Kekuatan yang ditunjukkan yang ada pada Singa adalah amat memeranjatkan dan mengerunkan dibandingkan dengan keluarga harimau yang lain.Dalam keluarga harimau hanya Singa yang melakukan pemburuan berkumpulan dan mempunyai ikatan kekeluargaannya amat kuat.

            Jadi bagaimanakah kaedahnya dalam Silat Seni Gayong? Dalam Silat Seni Gayong, , Seni Belian ini jika terkena pukulannya memang mendatangkan kecederaan yang parah dan boleh membawa maut samada tangan kosong mahupun senjata.Kaedah yang diajar dalam Seni Belian ini adalah kaedah membunuh musuh yang amat mengerunkan.

            Serangan bunuh dari Seni Belian ini hanya dilakukan dengan satu tangan sudah memadai. Sasaran dan serangan yang diterima adalah amat dahsyat dan boleh menumbangkan  lawan dalam kadar yang mengerikan. Serangan-serangan Seni Belian ini menggunakan tangan dan kadar kekuatan  serangannya amat kuat sehingga tempoh masa serangannya amat singkat.

            Walau apa pun semua ini mahulah dituntut agar difahami kaedah sebenarnya dan juga agar tidak hilang salah satu pelajaran yang menjadi misteri pada anak-anak Gayong keseluruhannya.Agar kesinambungan ilmu Gayong itu dapat diteruskan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

                                                      “ Mencari Kualiti Dalam Kuantiti”


                                              Serangannya bisa bukan kepalang,
                                              Binasa tubuh jika terkena,
                                              Siapa terkena memang malang,
                                              Seni Belian ampunya  angkara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...