Wednesday, November 13, 2013

Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong ?



Dipertengahan Muharam 1435 bersamaan 2013 teringat untuk berkongsi serba sedikit cerita yang mungkin sudah didengar, dibaca atau memang sudah maklum agar menjadi pedoman dan ingatan bagi kita pengiat ,pengembang Silat Seni Gayong.

Penulisan kali ini akan dikongsikan satu misteri mungkin, berkenaan Siapakah yang memiliki ILMU GAYONG ini.Sebelum kita berlayar lebih jauh fahamilah kita tentang sejarah Gayong sebagaimana yang diceritakan oleh Arwah Dato Meor Abdul Rahman.Kalau dahulu ianya diceritakan terus dari mulut beliau akan sejarah Gayong ini.Bezanya sekarang kebanyakan kita mendapatkannya dari bacaan-bacaan dialam maya.Ramai yang menulis sejarah ini tetapi maklumat mungkin dari guru yang membimbing mereka,tetapi yang ramainya menjadi juara sejarah Gayong ini setelah berguru dengan guru media.

Sebagaimana yang pernah disampaikan kepada penulis yang keluar dari bahasa dan mulut Arwah Dato Meor Abdul Rahman penuh makna dan kiasan samada secara terus atau pun secara berkias.Terpulang pada kita memahaminya.Secara dasar penceritaannya disampaikan mengikut kehendak beliau sahaja.Keseluruhan penceritaannya boleh dibahagikan kepada 3 kategori asas.Pertamannya sudah tentu tentang bersilat, keduanya tentang seninya dan ketiga sepertimana yag sedia maklum tentang Gayong.Keseluruhan penceritaan ini buat memudahkan kita mengetahui dan memahami akan Silat Seni Gayong ini.Walau bagaimana penyampaian penceritaannya ia tidak akan lari dari perkaitannya dengan adat istiadat Silat Seni Gayong.

Mari kita mengimbau sejarah Gayong yang disampaikan sendiri oleh Arwah Dato Meor tentang Gayong ini.Sebagai berkongsi sebahagian cerita sejarahnya disini dinukilkan tentang apakah yang dikatakan SILAT dalam Gayong itu sendiri.Melalui apa yang diceritakan oleh beliau secara simbolik, Silat Seni Gayong ini adalah permainan atau cara bersilat Harimau.Ramai yang sudah sedia maklum akan nama ini yang asalnya dikenali sebagai Silat Sendi Harimau sebelum dikembalikan keasalnya Silat Seni Gayong.

Arwah Dato menerangkan bahawa apabila penerimaan anak Gayong yang kita kenali sebagai perlimau tapak dan seni, ia sebenarnya menerangkan berkenaan tapak langkah bersilat setiap individu yang diterima sebagai anak Gayong pada masa majlis adat-istiadat perlimau itu dijalankan.Bagi yang lelaki dimulai dengan perlimau tapak manakala wanita terus dimulai dengan perlimau seni.Amat jelas disini perkaitan antara bersilat atau silat dengan adat dalam Silat Seni Gayong ini.Penyampaian diteruskan lagi dengan menerangkan kenapa bagi lelaki perlimau tapak.Penjelasan yang disampaikan berkenaan bersilat bagi lelaki yang perlu dilatihkan dengan Senaman Anak Harimau yang dihimpunkan dalamnya 7 pergerakan yang kita kenali dengan tumbuk pintal tali ,panchong dayong ,seni tapak kunci mati dan sebagainya.

Sekadar Gambar Hiasan

Manakala perlimau seni boleh terus dilatihkan seni serangan maut, kaedah melangkahnya , kaedah bunuhnya dan sebagainya. Kalau perlaksanaan adat ini tidak mengikut sebagaimana yang diperturunkan asalnya difahamkan kemahiran melangkah,menyerang,menangkap tidak akan sampai kepada piawaiannya.Pelikkan ? tetapi itulah perkara misteri yang kita perlu selami dan fikirkan dengan mendalam.Rujuk kepada kata-kata beliau yang menyampaikan amaran bahawa siapa yang tidak menjalankan adat-istiadat ini maka mereka dikira bukan saudara seGayong dan tidak boleh diiktiraf sebagai murid Gayong.Amat besar maknanya disini,kalau tidak diiktiraf , bagaimana kita hendak mendapat ilmunya.Jika kaedah adatnya pun sudah lari dari asalnya, mana nak dikatakan betulnya dan mungkin kita tidak mendapat ilmunya.Ilmu ini akan dikurniakan pada yang berHAQ walaupun ramai yang berlimu tapi amat beza jika pada yang berHAQ.Fikirkanlah cara dan kaedah kita diterima semasa majlis tersebut.

Untuk menjadi Hulubalang Gayong atau lebih selesa saya mengelarkannya Hulubalang Harimau kerana ada penceritaannya tentang itu bukanlah perkara yang mudah.Cuma kali ini saya tidak kan berkongsi mengenainya dan mungkin akan disampaikan dipenulisan yang lain.

Kembali kita kepada landasan penceritaan sejarah tadi.Anak-anak Gayong yang sudah menjalani perlimau ini akan dilatih sebagai sedia maklum tentang selok belok bersilatnya.Dilengkapkan mereka dengan tapak atau melangkah yang dikategorikan dan dikenali sebagai 21 buah bersilat .Dalam setiap 21 buah bersilat ini diperturunkan petua dan ilmunya bagi setiap satunya.Sehingga dikiaskan setiap liang roma kita itu turut dilatihkan dengan segala petua dan ilmunya.Seperti penerangan diatas bukan senang , bukan mudah tetapi tdak mustahil.Marilah kita faham-fahamkannya.

Setitik peluh kita bersilat itu akhirya dihidangkan dengan makanan yang enak-enak sehingga kita kenyang sebagai kiasan kita dipenuhi dengan ilmu dan petuanya dan petua dan ilmu ini ada pada ibu yang akan melahirkan anak-anak Gayong.Dalam majlis perlimau itu diisytiharkan akan keberkatan ibu itu yang menunjuk cara melangkah kita dalam mengharungi alam ini nanti.Kesemua penceritaan ini disampaikan secara bersimbolik dan berkias dan tidaklah dapat saya menulisnya dengan lebih mendalam disini demi menjaga apa yang perlu dirahsiakan yang hanya boleh dijelaskan dengan menuntut.Kalau kita ingat dan faham ilmu dan petua Silat Seni Gayong ini hendaklah atau perlu dituntut bukan menjadi turun temurun atau mengikut keturunan.Walaupun keturunan dan dituntut dan jika bukan kepada yang berHAQ ia tidak akan mampu memilikinya, hanya yang berHAQ sahaja yang akan memiliki Chula Saktinya.Pengendaliannya perlimau dalam menuntut cara melangkah Gayong adalah kaedah permulaan bagi yang berkehendak menuntut HAQnya.Perkongsian sekadar pembuka minda anak Gayong agar mendalami dengan sedalam-dalamnya ibarat mengail biar sampai kedasarnya, jangan hanya digigi air sahaja.

Semoga kita diberkati.

Bersambung.................



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...