Saturday, January 31, 2015

Tirai 2015 Membuka Era Maju Silat Seni Gayong Belanda



Tahun 2015 membuka tabir baru Silat Seni Gayong di Belanda. Setelah hampir 7 bulan berbincang dan mengatur strategi untuk memajukan Gayong di Belanda , akhirnya  keputusan dibuat dengan meenganjurkan latihan intensif buat bakal gurulatih pada 17-18 Januari 2015. Silat Seni gayong Belanda telah menamakan latihan ini sebagai latihan kegurulatihan tahap 1.

Peserta telah dipilih berdasarkan beberapa kretaria dan seramai 9 perserta telah terpilih untuk sessi yang julung kali diadakan ini. Peserta terdiri dari pelbagai kategori umur dan latarbelakang. Tapi yang pastinya mereka-mereka ini hanya sayangkan silat dan mahu melihat silat berkembang dengan majunya tanpa mempedulikan poilitik yang kebanyakan berlaku dalam mana-mana pertubuhan beladiri amnya silat khasnya.

Sessi dimulakan dengan penerangan adat-istiadat yang terdapat dalam Silat Seni Gayong dan pengenalan khusus pada perlimau tapak. Segala persoalan dijawab dengan baik dan diterima dengan baik juga serta telah mendapat kefahaman yang mendalam oleh mereka serta adat perlimau ini akan dijalankan pada sessi yang kedua nanti yang dijangkakan dalam bulan April nanti.


Silat Seni Gayong Belanda Latihan Bakal Gurulatih Tahap 1
Sessi seterusnya dimulai dengan pengenalan tentang sistem pelajaran Silat seni Gayong. Latihan intensif berjalan dengan baik dengan penerangan yang cukup mendapat perhatian yang mendalam dalam menyediakan mereka sebagai gurulatih Gayong yang berwibawa,berkalibar dan yang utamanya amat penting  berkualiti.

Kesemua perserta merasa sungguh teruja apabila ditunjukkan Silat Seni Gayong dan mereka mempelajarinya dan akan menjadi penerus Silat Seni Gayong di bumi Belanda ini. Komen yang diberikan oleh mereka pelajaran Silat Seni Gayong ini sungguh lengakap dan terperinci dan kesesuainnya dalam semua keadaan tempat dan suasana dalam membela diri.

Hans Menerima Tunjukajar Kaedah Bangun Harimau
Pelatih-pelatih ini akan buat pertama kalinya mempersembahkan demonstrasi Silat Seni Gayong disatu pesta persilatan yang setiap tahun diadakan di Negeri Belanda ini yang dcukup terkenal dikenali dengan nama Pasar Malam Tong-Tong pada bulan Mei nanti.

Sejutaan tahniah pada mereka yang terpilih dan mereka-mereka inilah yang menjadi barisan pertama dalam mengembangkan Silat Seni Gayong dibumi Belanda ini.Alhamdulillah selepas dari latihan intensif tersebut satu lagi gelanggang Silat Seni Gayong Belanda telah diistiharkankan iaiitu di Weert, Belanda.Sehingga kini Silat Seni gayong sudah mempunyai dua gelanggang di Belanda.Hidup dan maju Silat Seni Gayong Belanda.

Semoga kita semua diberkati

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...