Monday, January 13, 2014

Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong? Sambungan Bahagian #3



Perkongsian ini diteruskan agar ia menjadi jambatan kita memahami Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong ini. Kemahiran bersilat disusuli dengan kemahiran berseni membolehkan kita menguasai akan ilmu dan petua yang ada didalam gedung Silat Seni Gayong ini. Ingin saya sentuh disini setelah kemahiran ini dikuasai ,bagi memperlengkapkannya dikurniakannya dengan sandang .Pengurniaan sandang ini dalam perlakuan adat-istiadat peradaban Silat Seni Gayong sebagai penanda bahawa layaklah ia untuk berkongsi pengalaman ilimu dan petuanya berlangkah, berseni Gayong itu dengan anak-anak Gayong yang bakal mengenal akan huruf perlangkahan itu. Sandang yang dikategorikan sebagai Khalifah dengan pelbagai tingkatan yang diterangi dengan warna kuning dan merah  membawa erti dibawah lindungan pemerintah iaitu Raja Melayu dan disusuli dengan keberanian sebagai panglima Melayu.

Apabila pengurniaan sandang ini diperlakukan adalah dinukilkan penerimanya mempunyai kemahiran berseni dan bersilat yang tinggi dalam melatih rakyat yang akan menjadi pelindung Raja Melayu.Digambar dan dikiaskan kehebatan pemegang sandang ini dengan izin dan limpahnya boleh bergurau senda dan mengendalikan 40 orang dalam suatu masa pada keadaan yang memerlukan.Berlegar didalam kepala kita mungkinkah atau tidak ianya begitu? Itulah misterinya.Sudah dikatakan ianya ilmu hulubalang dan untuk sampai ketahap seterusnya itulah perumpamaan akan kehebatannya dengan izinNYA yang boleh dikawal selia atau dikendalikan pemakainya.Tapi untuk penulisan kali ini saya belum lagi ingin berkongsi akan apakah itu Hulubalang yang sering kita perkatakan.

Sekadar Gambar Hiasan
Saya hanya menerangkan disini sedikit sahaja akan kedudukannya secara bersimbolik agar kita memkirkankannya dimana kita.Jika hendak diterangkan satu persatu setiap kedudukan secara terperinci mungkin boleh dijadikan sebuah buku.

 Maka melatihlah ia dengan kurniaannya itu dan itulah sebagai tanda atau chop kelayakannya yang sepatutnya menurut susunan adat istiadat peradaban Silat Seni Gayong. Tetapi kita mengubahnya kerana kita tidak memahami mungkin akan bagaimana perlaksanaannya.Sepatutnya mulai ditangga satu tetapi kita terus melompat ditangga yang tidak sepatutnya.Fikirkanlah..sesama kita fikirkan.Apapun kerana mengikut peredaran zaman kita akan mengatakan tidak mengapa.Ya! memang tidak mengapa zahirnya,tetapi hakikatnya...?

Kita tinggalkan hal yang kita rasakan tidak perlu dipanjang lebarkan.Kembali kita kejalan penceritaan ini.Setelah ia dichop mohorkan maka berkongsi dia akan keilmuan dan petua Gayong ini.Dimulai dengan ngaumannya yang menyeram dan mengerunkan, ibarat harimau yang mengaum dihutan.Melalui arahan ini kesemua anak-anak Gayong mematuhi dengan penuh disiplin.Sebelum ia mengaum disusuli dengan doa dan permintaan agar perkongsian kelimuan itu nanti akan diberkati dan dilindungi pengamalnya.Dimulai dengan "Adam" dan dimohonkan pada yang amat berkuasa atas sesuatu, tuhan semesta alam dengan limpah kurnianya berselawat keberkahan kepada baginda penghulu sekelian nabi.

Ngauman disuarakan,langkah dimulai ,bertapak dihujung bebola, berlapik disendi tumit,bergenggam tanpa kukunya,menukilkan garisan pada alamnya.Setiap gerakan bersilatnya disusuli dengan pola-pola itu tadi.Dilontarkan dengan dentuman halilintar Dzatt dalam setiap apaalnya.Mengalir keringat keluar dari setiap liang romanya,dijilat, dikeringkan ia.Dengusan nafasnya mengambarkan kekuatannya,getarannya dengan langkah pola disusuli gentaran dalaman pernyataannya.Dimulai ia sebelum diterangi titik "Ta" pada pola langkah memburunya.

bersambung......


Semoga kita diberkati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...