Saturday, June 7, 2014

Siapakah Yang Memiliki Ilmu Gayong ? sambungan bahagian #5



Misteri "se"yang dicari disusuli,tetapi sebelum itu ia perlu menyusuli hutan belantara pula. Meredah 7 teluk,7 gunung, 7 gua yang merangkumi 7 semuanya bergerak kearah dua hujung tandok. Mencari gunung berembun agar dinaikkan martabat langkah hulubalangnya. Pemuda misteri bermisai melintang menunggunya dikaki gunung berembun bersama puteri bagi menyampaikan amanat langkahnya.Perjalanan bukanlah satu yang mudah,jika sebelumnya ramai saudara seGayongnya telah kecundang dan ada yang telah menjadi pembesar dinegeri naungan sendiri. Demi mencari rahsia misteri "se" diteruskan langkahnya itu.

Setelah berpenat tubuh sampailah ia digunung berembun dan diringi peralatan yang memang menjadi peradaban Silat Seni Gayong, diperlengkapkan langkah perseniannya.Derusan kelajuan desiran angin begitu jugalah ketajaman panchainderanya melayani langkah dan ketangkasannya.Sepi desiran suasana disirami hembusan embun dan bayu amat nyaman dan menambah kerohanian. Segala gerak gerinya diperhatikan pemuda berkumis melenting bersama awak-awaknya.Tanpa disedarinya selesai sudah ia melayari langkah itu. 

Sekadar Gambar Hiasan - Thanks Google
Menuruni ia dari gunung membawa sekelumit rahsia pergunungan kembali kepada rakyat jelata.Kalau sebelum ini riuh rendah dengan saudaranya ,langkah seterusnya hanya segelintir yang bersamanya. Pulang ia berbakti kepada Rajanya membawa sumpah diiringi bersama. "Tak Melayu Hilang Didunia",ungkapan keramat Hulubalang tua Melayu menjadi amanat kelangsungan penyambungnya.

Melalui jalan panjang itu kelihatan saudara-saudara Gayongnya mengemudi alam berGayong ini dengan pelbagai titiannya. Sebahagiannya merasakan itulah ianya manakala sebahagiannya pula merasakan akulah tuan punya dan pelbagai lagi rasa yang dilalui saudara-saudaranya itu.Hanya dilihat gelagat mereka sebagai air yang berlalu.

Perjalanannya diteruskan mencari "se" yang menunggu dipintu kendi. Timbul pertanyaan dalam diri dengan pelbagai misteri atas nikmat yang dilihat dan dialaminya.Dalam perjalanannya itu dihujani dengan sambutan yang meriah ibarat ia adalah tetamu yang amat istimewa.Pulang ia hanya untuk berbakti kepada Raja Melayu.Diangkat kedua tangannya sebagai tanda hormat akan ketuanan Melayu itu.Nescaya diangkatnya tanda ini pada yang bukan bergelar Raja Melayu maka tidak layaklah lagi ia memegangnya. Gugurlah ia dalam peradaban yang sudah terjalin dan diatur ribuan tahun.

"Se" yang masih menjadi misteri terus dijejaki dari hujung kehujung kedua tandok.Terasa akan ada aura kesaktiannya itu tetapi dimanakah bersemayamnya ia.

bersambung........

Semoga kita diberkati



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...