Friday, July 4, 2014

Silat Seni Gayong Netherlands



Sudah lama juga menunggu saat pengumuman dilaksanakan.Pada tanggal 29 Jun 2014 berkat Ramadhan pertama 1435 bermula era baru Silat Seni Gayong Netherlands.Dalam suasana yang tenang Silat Seni Gayong diumumkan secara rasmi sebagai satu badan yang wujud dinegara itu.Sebelum ini kewujudan gelanggang Gayong semenjak 2012 hanyalah secara tertutup.Melalui perisytiharan ini Silat Seni Gayong akan secara drastiknya memulai sessi tahun seterusnya bergerak dengan lebih laju dan maju.InsyaAllah.

Kalau dulu sekitar 2012 ia dimulai dengan bergelanggang disatu pekan kecil yang bernama Geldrop. Satu pekan yang berhampiran dengan bandar Eindhoven yang  boleh berbasikal sahaja. Berkat kesabaran, Gayong akan menambah gelanggangnya disessi akan datang dan sejurusnya selepas peristiharan tersebut satu gelanggang Gayong akan dibuka di bandar Roermond dan disini ia akan menjadi sebagai pusat untuk mengerakkan Silat Seni Gayong di bumi Belanda ini.

Gambar dari Ron Bout - Berpenchak Di Belanda Semasa Perisytiharan Rasmi Kewujudan Silat Seni Gayong Netherlands
Melalui perancangan yang telah digariskan bagi menambah tenaga pengajar, satu bentuk latihan yang agak padat akan dilaksanakan.Diharapkan dengan ini ia akan menguatkan lagi barisan kepimpnan Silat Seni Gayong disini.

Berkongsi Pengalaman Di Roermond

BerGayong di Geldrop
Mendapat sokongan dari Dewan Sesepuh Belanda dan NPSB [Persekutuan Penchak Silat Netherlands} menjadi dorongan kemajuan Gayong disini. Begitu juga dengan sokongan dari PSMN {Persekutuan Silat Melayu Netherlands} serta sokongan dari Perguruan Silat Satria Pusaka menyuntikkan semangat berGayong di bumi Belanda ini.

Tidak lupa juga sokongan dan doa dari semua warga Silat Seni Gayong sampai wujudnya Silat Seni Gayong Netherlands dengan rasminya. 

Semoga kita semua diberkati.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...