Satu lengan ,dua jengkal,
begitulah pepatah Melayu dalam mengkiaskan ilmu beladiri nusantara ini. Ketahui
atau tidak dalam keilmuan Silat Seni Gayong wujud akan kaedah ini. Apakah yang
diertikan dalam keilmuan Gayong tentang ini? Amat mudah menyebut tapi apakah rahsia yang diselubungi padanya?
Teringatkan sebuah rencana yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu,
tersohor dengan kalimahnya, "Jangan Anda Diselubungi Misteri". Begitu
jugalah misteri yang terselubung dalam pepatah ini. Misteri tentang teknik
pukulan yang ada dalam Silat Seni Gayong yang berkait rapat dengan langkahnya.
Langkah yang meninggalkan dan membawa banyak makna dan pengertian konsepnya.
Berdiri seperti Alif, bergerak dalam pengertian yang amat rahsia, berlingkar
dalam ruangan yang penuh tanda-tanya serta keindahan serangan yang amat tepat
dan jitu.Serangan yang meninggalkan kesan yang amat dahsyat serta mendatangkan
kengerian apabila kaedahnya diperlakukan. Tidak dapat disangkal lagi satu
kaedah pertempuran dalam kadar yang amat pantas yang diperlakukan dalam detik
yang amat tangkas.
Satu lengan, dua jengkal,
begitulah istilahnya. Mulai dari hujung kehujung , dari pertimbangan yang
stabil menjadi goyah dengannya. Kelemahan yang dialami amat sukar dibendung,
ibarat pokok yang akan layu apabila terkena akan panahannya. Itulah
kehebatannya yang menjadi pakaian para hulubalang dahulu dalam mengawal
kerajaan Melayu yang amat penuh rahsia suatu masa dahulu.
sekadar gambar hiasan |
Bagaimanakah mampu kita mengukur
istilah ini? Ukuran yang disembunyikan dalam kiasan pepatah Melayu ini.Dalam
ukuran inilah adanya jarak pukulan,adanya sasaran,adanya kelajuan,adanya
ketangkasan dan pelbagai lagi yang setiap anak yang bergelar Gayong perlu
fahami.Perlakuan serangan pada kadar jangkaan ukuran pada tubuh dan ruangan
yang akan menyebabkan kelemahan.
Keilmuan yang perlu digali
sebagai bekal perjalanan perantau dalam mengenal alam ini. Berdiri dalam
"alif ", mati dalam "mim", bergerak dalam" dal ",berlingkar
dalam langkah "lam alif" alam kehidupan makhluk. Turun dari langit jatuh
kebumi, singgah seketika diawan yang berdomba sebelum kepenghujung
pengembaraannya.Langkah yang disisip tanpa terawang,mengelak dari tiupan bayu
durjana, agar tidak terlalai.
Panahan yang terkena bisa
mengegarkan alam yang berdiri ini dan mula mengingat akan asal jadinya dengan
penuh keinsafan. Gerakan sasaran yang mudah difahami,mudah diapplikasi sertai
dengan langkah tapak yang perlukan latihan yang berulangkali agar ia bisa
berdiri pada titik "mim".
Berkisar pada silat apakah
pengertiannya? Seni pula apakah ia? Silat secara dasar dan fahaman yang ringkas
diistilahkan banyak-banyak manakala Seni kadang-kadang dan Gayong tentulah
jarang sekali kedengaran. Begitu jugalah dengan ikatan bengkong yang ada dalam
Silat Seni Gayong. Suatu gambaran penilaian akan keilmuan Gayong ini, bukan
pelajarannya.
Maka marilah kita bersama mencari
keserasian keilmuannya dalam istilah satu lengan,dua jengkal ,agar kita
memahami Silat Seni Gayong ini.
Semoga kita diberkati.
No comments:
Post a Comment