Perjalanan kali ni ke Amsterdam,
Holland. Memandu menyusuri lebuhraya keutara ,boleh dilihat perbezaan keadaan
pemandangannya yang berubah apabila memasuki negara lain.Mulai dengan France
melintas Belgium dan akan diakhiri dibumi Belanda ini. Kebanyakan penduduk di
Belanda boleh berkomunikasi dengan pelbagai bahasa, dan Bahasa Inggeris
difahami dan dipertutur dengan meluas. Tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi
disini.
Kami menempah bilik disebuah
hotel yang terletak di Damrak Street, Amsterdam. Jika menaiki keretapi
kedudukan hotel ini tidak jauh dari stesyen keretapi tersebut. Penempatan untuk
kereta amat terhad dan sukar tetapi hotel yang kami tinggal menyediakan
perkhidmatan parking yang agak jauh dengan servis jokeynya sekali. Satu
perkhidmatan yang kami perlukan.
Kami mengambil masa di Amsterdam
untuk berehat setelah penat dengan promosi Gayong yang terdahulu bermula dari
France hinggalah ke Belanda. Silat Seni Gayong ada bergelanggang di selatan
timur Belanda dan mempunyai hubungan yang baik dengan pengamal silat di Holland
ini.Alhamdulillah Silat Seni Gayong diterima untuk bersama dalam Organisasi
Silat Melayu disini.
Misi “Sama Sendiri Bantu Membantu”
diteruskan selagi kami mampu untuk berGayong walaupun dimana. Apa yang penting penjelajahan
ini meninggalkan banyak pengalaman dan akan tersemat sebagai sejarah Gayong
khasnya.Harapan kami agar misi yang kami lalui ini menjadi pendorong semangat
yang lebih jitu dan menyeru saudara SeGayong untuk bersama kita melaksanakannya
agar segala hajat itu dapat dituju.
Semoga kita semua diberkati.
No comments:
Post a Comment