Sunday, May 5, 2013

Jelajah KHTC # 2



Perjuangan diteruskan pada 25 April 2013, bergerak ke pejabat Avis untuk menyewa kereta jam 0800. Kereta yang telah ditempah lebih awal untuk perjalanan ini. Sedikit masalah timbul kerana kereta yang ditempah  tidak seperti yang dikehendaki  tetapi Alhamdulillah akhirnya  setelah hampir sejam setengah, masalah itu dapat diatasi.

Timbul pula masalah lain iaitu persoalannya sampaikah tepat pada masa yang dikehendaki ke destinasi yang ditujui iaitu disebuah bandar kecil disebelah selatan barat Perancis yang dikenali sebagai Louannec.Salah satu bandar yang menjadi tumpuan pelancong pada musim panas kerana pemandangannya yang cantik ,suasana kampungnya serta hampir dengan laut.Apabila tiba musim ini semua harga makanan,penginapan dan sebagainya naik sekali ganda.

Berlepas dari Paris jam 1100, menyusuri  jalan dengan menggunakan GPS sehingga hampir terlibat dengan kemalangan tetapi Alhamdulillah dapat diatasi.Undangan dari Louannec ini dibawah kelab Arts et Cultures du Nusantara yang dipimpin oleh saudara David Boussion. Aktiviti kelab ini adalah mengenalkan seni di nusantara seperti Silat Seni Gayong, Kali, tarian dari Filipina dan yang berkaitan.

Iklan Yang Dibuat Oleh Kelab Tersebut

Perjalanan yang agak lama yang mengambil masa 6 jam ,akhirnya tiba didestinasi jam 1700. Sampai sahaja didestinasi kami terus ke tempat penginapan di Perros Guirec, yang hanya 10 minit dari Louannec.Berehat seketika ,pertunjukan dan perkongsian akan bermula jam 1900. Sepatutnya kami perlu tiba pada jam 1500 untuk sesi temuramah dengan TV2 France tetapi kerana sedikit masalah kelewatan sewa kereta yang dihadapi di Paris ianya terpaksa dibatalkan. Apa pun wartawan tempatan menemubual kami pada akhir pertunjukan dan perkongsian ilmu ini.
Siaran Dalam Akhbar Tempatan




Siaran Dalam Akhbar Tempatan

Pertunjukkan dan perkongsian yang bermula jam 1900 dihadiri oleh penduduk sekitar yang ingin tahu apakah silat. Mereka ini tidak pernah pun dengar tentang beladiri silat ini. Seramai 20 orang hadir untuk melihat pertunjukan sementara 10 orang menyertai perkongsian ilmu.Acara selesai jam 2100 dan kami kerumah saudara David yang terletak  di Plouarec , dalam 10 minit dari gym di Louannec tempat acara dijalankan.

Perserta Yang Menerima Pendedahan  Silat Seni Gayong

Kami pulang ke tempat penginapan jam 2300 untuk merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan kedestinasi seterusnya keesokan harinya meneruskan misi “Sama Sendiri Bantu Mebantu”.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...